TASBIH sentiasa berada di sisi, pendakwah wanita, Ustazah Asma’ terharu bertemu pramugari yang mempertahankan kerjaya mereka berjuang, bertahan demi Islam.

Ustazah Asma’ yang ketika itu berada dalam perjalanan Misi Kemanusiaan ke ke Ghana telah bertemu dua pramugari yang berasal dari Malaysia yang bertugas dengan syarikat penerbangan antarabangsa.

Biarpun sudah biasa menerima sapaan ketika dalam penerbangan, pertemuan kali ini benar-benar menyentuh perasaan ibu kepada tujuh cahaya mata itu hingga air matanya mengalir dan memeluk mereka.

Baca juga: Penampilan sopan hijab dan kemeja labuh, uniform baru British Airways

“Saya bertemu dengan dua pramugari Malaysia dari Emirates Airlines,. Pramugari tersebut menyapa dengan penuh teruja.

“Kata mereka, ‘Ustazah, saya tak pernah rasa teruja macam ni. Kebiasaannya kami yang bertugas sebagai pramugari akan berjumpa dengan ramai orang yang terkenal seperti selebriti, Perdana Menteri dari seluruh dunia dan ramai lagi mereka yang ternama.

“Namun kami tak pernah sangat teruja seperti ini. Saat bertemu dengan ustazah. Tapi kami segan sebab penampilan kami namun syukur ustazah tidak langsung memandang kami berbeza. Itu membuatkan kami sangat terharu,” kata pramugari berkenaan diceritakan Ustazah Asma’.

Baca juga: Tiada lagi skirt ketat, kasut tumit tinggi, syarikat penerbangan Ukraine perkenal pantsuit, kasut sneaker untuk pramugari

Kata pramugari berkenaan sudah 20 tahun mereka berikhtiar untuk mencari pekerjaan lain namun belum sampai rezeki. Bahkan, kebanyakan pramugari di Emirates Airlines juga bukan Muslim.

Kata Ustazah Asma perkara diutarakan berkaitan pakaian sudah didengar beliau sebelum ini daripada pramugari syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS dan Air Asia.

Sebab mereka terus berada di sana sangat murni demi kemaslahatan agama dan umat Islam benar-benar menyentuh hati.

“Ustazah, kenapa kami tetap bertahan sehingga kini antaranya kerana jika bukan kami yang bertugas bagaimana dengan penumpang Muslim bertanya setiap kali penerbangan terutamanya soalan tentang waktu solat, arah kiblat dan lain-lain kerana itulah kami tetap masih di sini,” luah mereka kepada Ustazah Asma’.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Baca juga: Bette Nash pecah rekod dunia, muncul pramugari tertua di dunia berkhidmat di awan biru

Pendakwah berusia 39 tahun itu menitipkan kata-kata melegakan buat kedua-dua pramugari berkenaan.

“Saya nasihat mereka berdua supaya terus sabar dengan ujian ini, tidak reda dengan apa pakaian ini bermaksud di dalam hati tidaklah gembir tetap usaha menutup aurat diluar kerja, meneruskan ikhtiar untuk mencari pekerjaan lain, insya-ALLAH semua usaha itu akan dipandang oleh ALLAH.

“Bukan itu saja, mereka juga perlu berusaha menyampaikan isu ini kepada pihak atasan supaya diberikan pilihan kepada pramugari Islam untuk memakai pakaian sesuai semasa bertugas,” katanya.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Aksi berani pramugari berdiri di puncak Burj Khalifa 2,722 kaki raih perhatian warga maya

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Paling menyentuh hati ustazah Asma’ melihat kedua-dua pramugari itu sentiasa melazimi zikir. Tasbih mereka ada bersama digantung pada telefon bimbit.

“Jujurnya dalam hati sangat kagum dan malu dengan mereka berdua. Mereka berjuang dan bertahan demi memastikan Islam terus tersebar dan dipelihara sedangkan kita sering terleka dan selesa dengan apa yang ada.

Selain itu, Ustazah Asma’ mengingatkan agar tidak mudah menilai seseorang hanya dengan luaran semata-mata.

“Muhasabah bersama, jangan kita mudah bersangka tidak baik kepada orang lain, elakkan menghukum sesiapa yang kita lihat di sekeliling.

“Namun latihlah diri untuk mendoakan kebaikan dan berilah saranan serta nasihat yang terbaik, semoga ALLAH permudahkan dan buka jalan keluar buat mereka.

Iklan

Baca juga: “Emak tulang belakang terkuat, didikan bapa bentuk diri.” Ustazah Asma’ raih anugerah Tokoh Sayidatina Aishah

Dalam pada itu, pendakwal asal Kuala Terengganu, Terengganu itu mengajak warga maya berdia agar semua syarikat penerbangan memberi pilihan kepada para pramugari muslimah memakai pakaian indah menutup aurat dan patuh syariah.

Sumber: FB Ustazah Asma’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.