PAKAIAN pramugari bagi sesetengah syarikat penerbangan lazimnya mengikut bentuk badan dan terdiri daripada pelbagai warna dan corak.

Masing-masing anggun dan elegan memperaga pakaian seragam syarikat penerbangan masing-masing dalam melayani ribuan penumpang.

Pakaian seragam pramugari British Airways baru-baru ini menjadi perhatian warga maya. Buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, British Airways memperkenalkan pakaian seragam baru.

Baca juga: Tiada lagi skirt ketat, kasut tumit tinggi, syarikat penerbangan Ukraine perkenal pantsuit, kasut sneaker untuk pramugari

Daripada hanya suit dengan skirt, kakitangan airline itu kini boleh memakai dress atau jumpsuit. Menariknya, syarikat penerbangan itu juga telah menyertakan pilihan kemeja labuh atau tunik dan tudung untuk kru kabin wanita.

Rombakan pakaian seragam syarikat penerbangan itu adalah hasil projek selama lima tahun oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng.

Ditangguhkan selama dua tahun kerana wabak koronavirus, seragam baru memberi banyak pilihan.

Baca juga: Bette Nash pecah rekod dunia, muncul pramugari tertua di dunia berkhidmat di awan biru

Pilihan tunik dan tudung juga telah dicipta oleh syarikat penerbangan global untuk anak kapalnya. Menjelang musim panas, 30,000 kakitangan barisan hadapan syarikat penerbangan itu akan memakai pakaian seragam baharu, bermula dengan jurutera dan pengendali darat.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle berkata pakaian seragam baru itu adalah pesembahan ikonik jenama yang akan membawa mereka ke masa depan.

Pereka fesyen Ozwald Boateng.

“Dari awal lagi ini langkah penukaran pakaian seragam ini adalah tentang orang kita. Kami mahu mencipta koleksi seragam yang bangga dipakai. Dengan bantuan lebih 1,500 kaki tangan, kami yakin bahawa kami telah menyampaikannya,” katanya

Semasa mengambil pakaian seragam baru, pekerja akan mengitar semula atau menderma pakaian lama mereka. Kira-kira 90 peratus daripada bahan itu adalah campuran fabrik yang diperbuat daripada poliester kitar semula.

Baca juga: Pramugari cantik angkat sawit, ramai yang cair hati, sanggup beri mas kahwin RM50, 000

Iklan

“Lebih 1,500 rakan sekerja di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian, membantu mencipta koleksi ikonik yang akan bertahan dalam ujian masa,” kata British Airways.

Pereka fesyen yang mencipta seragam baru unik itu, Boateng menzahirkan inspirasi gelombang udara pada jaket. Manakala kemeja-T, butang dan tali leher diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.

Setiap helaian menggunakan fabrik jacquard dengan variasi speedmarque yang menjadi ikonik syarikat penerbangan itu.

November lalu syarikat penerbangan UK itu dalam memo dalaman kepada semua kakitangan beruniform dibenarkan memakai maskara, bulu mata palsu dan anting-anting serta membawa aksesori termasuk beg tangan.

‘Man bun’ dan pengilat kuku juga dibenarkan untuk semua jantina.

Iklan

Sumber: NDTV

Baca juga: [VIDEO] Aksi berani pramugari berdiri di puncak Burj Khalifa 2,722 kaki raih perhatian warga maya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi