Tawarkan diri jadi isteri Syed Saddiq, selepas kongsi tip suami terbaik
SEBUAH keluarga yang bahagia bermula daripada ketua keluarga yang mampu menjaga rumah tangga dengan baik.
Apa yang pasti, perkongsian rumah tangga antara lelaki dan wanita itu harus diserahkan kepada seorang ketua.
Ketua tersebut yang akan mentadbir keluarga dan melindungi zuriat yang lahir daripada perkongsian hidupnya itu. Seterusnya untuk memikul tanggungjawab-tangungjawab kekeluargaan yang lain.
Tiada organisasi yang tidak memerlukan ketua. Tanpa ketua dalam sesebuah organisasi akan timbul kekacauan dan tidak teratur organisasi tersebut. Lantas semua orang yang terlibat akan mengalami kerugian.
Maka oleh itu, semua lelaki ingin jadi seorang suami atau ketua keluarga yang baik supaya mahligai yang dibina mampu berkekalan hingga ke Jannah.
Seperti, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula baru-baru ini berjaya mencuri tumpuan ramai walaupun beliau belum berumah tangga apabila memuat naik satu video di laman sosial miliknya berkenaan tip bagaimana untuk menjadi suami terbaik.
Video yang dibuat menggunakan aplikasi TikTok itu dikongsikan oleh beliau sendiri di laman Instagram miliknya untuk tatapan umum.
“Parliament season back on and this is me listening to most important advice from 2 superwomen of Malaysia. Ok I’m all ready now! (Musim Parlimen kembali dan inilah saya mendengar nasihat paling penting daripada dua adiwira wanita Malaysia. Ok, saya bersedia!)” tulis Saddiq.
Menerusi video berdurasi kurang 30 saat itu, Saddiq mengambil nasihat rumah tangga tersebut daripada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.
Antara beberapa nasihat untuk menjadi seorang suami terbaik yang diberikan seperti selalu berkongsi kerja rumah, bantu isteri menjaga anak-anak, jangan menggunakan keganasan dalam rumah tangga dan jangan biarkan isteri bercakap seperti Doraemon.
Semua nasihat itu dilakonkan kembali oleh Saddiq bersama dengan kucing kesayangannya menggambarkan situasi yang telah diberikan.
Rata-rata warganet dan rakan selebriti terhibur dengan perkongsian tip tersebut sehingga ramai pula yang menawarkan diri untuk menjadi suri hati ahli parlimen tersebut.
Sehingga kini, video tersebut berjaya meraih 400,000 tontonan dan dibanjiri dengan ribuan komen.
Luculah juga bekas Menteri Belia dan Sukan kita ni. Nampak macam dah ready nak berumah tangga dan bergelar seorang suami.
Adakah video itu dibuat secara kebetulan atau ada makna di sebaliknya? Sama-sama kita nantikan jika ada perkhabaran baik yang bakal dikongsi oleh Saddiq kepada umum tidak lama lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang