“TERINGIN nak ada anak… 10 tahun menanti tanpa zuriat.” Demikian dikongsi pengguna Facebook, Nourfi menerusi grup Facebook Grup Edit Apa Hari Ini yang meminta ahli grup yang lain menyunting gambar asal agar beliau tampil bersama bayi di sebelahnya.

Nourfi, salah seorang wanita yang sedang menunggu cahaya mata selama 10 tahun, berkongsi fotonya seorang diri di dalam sebuah bilik.

Ujarnya, “boleh tak toIong edit kan ada baby comel tengah baring sebelah kita… teringin nak ada anak… 10 tahun menanti tanpa zuriat.”

Grup Edit Apa Hari Ini yang mempunyai hampir 200,000 ahli yang saling menghormati, ‘sporting’ membantu menyunting foto rakan-rakan dan dalam masa sama menyerlahkan kreativiti masing-masing.

Baca juga “Teringin sangat nak tengok”- Warganet sebak, lelaki OKU minta ‘edit’ badan sempurna macam orang normal

Muhammad dan Sophea nama bayi paling popular 2020

Susulan perkongsian Nourfi, terdapat beberapa ahli yang tampil menunaikan permintaannya dengan berkongsi foto-foto yang telah disunting.

Apa yang menjadi perhatian warga maya, ramai yang meluahkan sebak dan tersentuh dengan hasil suntingan terbabit serta mendoakan wanita berkenaan mendapatkan zuriat suatu hari nanti.

Rata-ratanya mereka mendoakan agar ditiupkan malaikat kecil dalam rahim wanita berkenaan serta meminta Nourfi untuk terus cekal dan tabah.

Ujar mereka;

“Saya tak pandai sangat edit.. saya doakan awak dimurahkan rezeki mendapat baby yang soleh dan solehah.. awak kuat…”

Iklan

“Saya edit untuk beri harapan, kuatkan semangat jangan berputus asa.. ikhtiar, berdoa dan tawakal.”

Baca juga Anak gadis Tiara Jacquelina buat ramai terpegun, seiras arwah bapa

“Semoga dikurniakan cahaya mata.. marilah sama-sama kita berdoa agar dimakbulkan hajatnya.”

“Ya ALLAH, sebaknya, moga sis kuat dan tidak putus usaha untuk dapatkan baby ya.”

Iklan

“Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim, kau utuskanlah malaikat kecil buat kakak ini. Tabahnya dia dan suami menunggu si kecil.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.