ANAK-ANAK merupakan anugerah dan amanah yang dikurniakan ALLAH buat insan terpilih bergelar ibu dan bapa.

Pelakon dan pengarah terkenal, Datin Sri Tiara Jacquelina baru-baru ini memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya yang telah mencuri perhatian netizen dan juga pengikutnya di media sosial.

Dalam perkongsian pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu, beliau membuat coretan ringkas ditujukan khas buat anak perempuan kesayangannya, Hani Karmila.

Ucapan istimewa tersebut juga sempena meraikan ulang tahun kelahiran puteri sulungnya.

“Selamat hari lahir kepada anak perempuan kesayangan saya di dunia ini.

“Si gadis yang buat saya paling gembira, menghangatkan hati saya dan memenuhi segala kegembiraan dan kebanggaan saya. Juara Jiujitsu saya dan pereka yang paling berbakat dan kreatif juga. Mila saya,” coretnya.

Baca juga Haida tunaikan hajat peminat, akui beruntung dapat beraksi di pentas GV9

Anak gadis Tiara Jacquelina buat ramai terpegun, seiras arwah bapa
Kredit Gambar: Instagram Tiara Jacquelina

Dalam pada itu, selebriti berprofil tinggi itu turut memuat naik foto terbaru dirinya bersama Hani yang semakin jelita seperti ibunya ketika meningkat usia.

Perkongsian foto tersebut mencuri perhatian ramai yang rata-rata terpegun melihat kecantikan yang dimiliki.

Selain itu, warga maya dan peminat tampil mengucapkan doa selamat serta tidak kurang juga yang mengatakan wajah Hani seiras dengan rupa arwah bapanya, pelakon Hani Mohsin.

Ujar mereka;

“Senyuman Mila sama betul dengan senyuman arwah Daddy dia, cantik seperti mami…”

“Moga sentiasa dalam rahmat, bimbingan dan lindungan illahi serta jadi muslimah hebat berjaya dunia akhirat.

Iklan

“Dia boleh jadi pengganti watak Puteri Gunung Ledang.”

Baca juga “Macam cikgu PJ” – Penampilan Neelofa di gelanggang futsal jadi perhatian

“Tengok Mila yang cantik ni teringat kat arwah Hani Mohsin.”

“Dapat juga tengok Hani Karmila… dewasa da dia cantik sangat-sangat ni.”

Iklan

Sekadar info, Hani Karmila merupakan anak kepada Tiara bersama bekas arwah suaminya terdahulu iaitu Hani Mohsin. Untuk rekod, Hani Karmila atau lebih mesra dikenali sebagai Mila ini juga merupakan seorang atlet seni mempertahankan diri.

Baru-baru ini Mila berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri Jujitsu bagi kategori 58 kilogram di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.