Tertukar bayi: Rina cadang pakai gelang barcode pada bayi, check anak sebelum discaj

Tertukar bayi: Rina cadang pakai gelang barcode pada bayi, check anak sebelum discaj
Tertukar bayi: Rina cadang pakai gelang barcode pada bayi, check anak sebelum discaj
A
A
A

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan kes tertukar bayi yang didakwa berpunca daripada kecuaian pihak hospital swasta di Shah Alam, Selangor.

Hati ibu mana yang tidak cemas apabila tertukar anak orang lain. Lebih memilukan si comel yang dibawa pulang ke rumah, dibelai dan dimanja dalam tempoh beberapa jam itu rupa-rupanya bukan anak kandung.

Itulah yang berlaku terhadap Siti Suriani Wahiddin. Ibu muda berusia 22 tahun tersebut menyedari bayinya telah tertukar tatkala suami memotong gelang hospital pada kaki anak kecil terbabit.

Siti berkongsi kisahnya di laman sosial Facebook yang mana video tersebut telah mendapat lebih 4.1 juta jumlah tontonan dan 71,000 komen.

Insiden sedemikian turut mendapat perhatian orang ramai termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Menerusi laman sosial Instagram, ahli Parlimen Titiwangsa yang semakin langsing itu berkongsi kesempatan menziarahi kedua-dua ibu terbabit.

"Hari ini saya telah menziarahi dua ibu yang terlibat dengan kejadian tertukar iaitu Puan Siti Suriani dan Puan Diana Hanani di sebuah hospital swasta.

"Saya memandang serius perkara ini, dan ia perlulah dielakkan daripada terjadi kepada mana-mana ibu pada masa hadapan.

"Alhamdulillah, dalam ziarah ini saya melihat keadaan mereka stabil meskipun masih trauma dengan kejadian yang dilalui," tulis beliau.

Artikel berkaitan: Bukan Drama, Ini Kisah Benar. Insiden Tertukar Bayi, Taut Silaturahim Dua Keluarga

Sementara itu, beliau turut menawarkan khidmat kaunseling buat Siti Suriani dan Diana Hanani.

"Bagi mengurangkan rasa trauma, saya menawarkan khidmat kaunseling dan bimbingan emosi untuk mereka.

"Di samping itu, saya turut tawarkan penjagaan selepas bersalin oleh Mamacare kepada kedua-dua ibu tersebut. Saya telah sampaikan sumbangan berupa barangan bayi.

"Meskipun sumbangan ini mungkin tak seberapa nilainya, namun saya berharap ia dapat mengembalikan keceriaan kepada kedua-dua ibu ini yang telah menerima bayi mereka ke pangkuan masing-masing," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan Rina turut mencadangkan bayi yang baru dilahirkan dipakaikan gelang barcode mengandungi maklumat penuh ibu bapa.

"Melihat kepada kejadian sebegini, saya ingin mencadangkan agar diwujudkan satu sistem yang mana setiap bayi baru lahir dipakaikan gelang barcode mengandungi maklumat penuh ibu bapa mereka.

"Saringan dan pemeriksaan yang lebih terperinci juga harus dilakukan sebelum menyerahkan bayi kepada ibu masing-masing.

"Saya berharap agar semua pihak yang terlibat ambil iktibar akan kejadian ini dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan agar peristiwa sebegini tidak berulang.

"Saya juga menyarankan agar ibu bapa sentiasa menyemak maklumat bayi yang diserahkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa jua," kata beliau.

Baca juga Tertukar anak sudah susu badan. Jadi anak susuan, tak boleh kahwin

Terdahulu, kedua-dua keluarga itu dilaporkan dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital.

Diharapkan hubungan mereka tidak tamat begitu sahaja, apatah lagi sudah menjadi ibu susuan antara satu sama lain.

Ada hikmah di sebalik situasi yang berlaku. Semoga tautan silaturahim kedua-dua keluarga terjalin selamanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca