The Pocket Rocketman kini bersuara isu nombor plat basikal

basikal
basikal
A
A
A

SEJAK akhir-akhir ini isu berbasikal kerap kali mendapat perhatian media dan turut menjadi bahan bualan orang ramai.

Mana tidaknya, kini semakin ramai geng basikal muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan seakan menjadi trend selepas Perintah Kawalan Pergerakan diberi kelonggaran oleh pihak kerajaan.

Baik pada hari biasa mahu pun hujung minggu, aktiviti berbasikal secara berkumpulan mahupun berseorangan menuju ke beberapa destinasi pilihan dilihat semakin menjadi-jadi.

Sehinggakan baru-baru ini, Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata, pihak mereka sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan ia sudah menjadi trend dan minat bagi kebanyakkan masyarakat Malaysia.

Mendapat reaksi yang pelbagai, ada bersetuju dan ramai yang mengecam hal ini kerana merasakan ia sebagai sesuatu yang tidak munasabah dan tidak berasas.

5 panduan mudah sebelum membeli basikal

Terbaru, Raja pecut Asia, Azizul Hasni Awang yang juga mendapat gelaran Rocketman terpanggil memberikan pandangan peribadinya di laman Facebook.

Menurut Azizul, pengenalan lesen dan plat kenderaan ini hanya akan mengurangkan pengguna basikal. Melalui aktiviti berbasikal, ada beberapa isu boleh diatasi antaranya daripada aspek kesesakan lalu lintas dan kesihatan.

Mengakui agak susah untuk Malaysia membina laluan khas basikal seperti negara-negara maju lain, ini antara cadangan beliau seperti:

1-Pihak berkuatkuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baru bagi kaki basikal ini.

Peraturan yang saya maksudkan di sini adalah peraturan ketika berkayuh di lebuh raya, peraturan berkayuh di jalan-jalan kampung, peraturan berkayuh di off-road dan peraturan-peraturan yang bersangkut-paut dengannya. Juga perlu ada sebuah polisi keselamatan integrasi di jalan raya.

2-Perlu ada kempen dan awareness program/projek tentang kayuhan dengan selamat dan betul. Saya pun tak suka bila tengok rakan-rakan cyclist lain yang kayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain.

Cabaran berbasikal maya #TOGOMY57, orang ramai dijemput sertai kayuhan 57,000 km

Tapi saya percaya juga kebanyakan daripada mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas cara-cara serta peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini. Cadangan ini adalah lebih cost effective berbanding cadangan seterusnya.

3-Berkayuh di jalan raya bahayakan? Maka boleh difikirkan untuk membina litar basikal dimana hanya peminat sukan berbasikal boleh berkayuh disini tanpa gangguan kenderaan lain.

Tak payah pergi jauh, negeri jiran kita, Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google ‘Skylane Bangkok’, terletak berdekatan Suvarnabhumi Airport, trek berbasikal ini amat popular di bangkok dan mempunyai jarak 23.5km satu pusingan. Kayuh la sampai lebam kat dalam tu.

Korea pun dah lama ada trek khas basikal ini dan diorang lagi hebat, trek yang jaraknya nearly 1000km dan menghubungkan dari negeri ke negeri lain.

5 panduan mudah sebelum membeli basikal

Peminat sukan basikal boleh berkayuh stage by stage ala-ala macam tour de langkawi (touring) dan mereka yang complete total 1000km tu akan dapat certificate.

4- Ada banyak lagi nak tulis tapi fokus yang tiga tu dulu la kot, korang ada nak tambah apa-apa boleh cadangkan di ruangan komen.

Let’s say kita pilih jalan terakhir iaitu aplikasikan lesen dan nombor plat, ini bermaksud penunggang basikal juga akan mempunyai hak yang sama di atas jalan raya.

Maka perlu dibina infrastruktur khas kepada penunggang basikal ini seperti laluan khas basikal serta tempat parking basikal di kebanyakkan tempat. Ini kita boleh lihat di beberapa negara Eropah.

Seperti negara Holland/Belanda, basikal merupakan antara pengangkutan harian untuk ke tempat kerja, di sana ada laluan khas dan tempat parking basikal khas di merata-rata.

Di Melbourne,Australia pula mempunyai bike paths/trails yang khas. Anda boleh google Melbourne Bike Grid Map dan tengok sendiri betapa sistematik dan bagaimana ia bersambung antara satu sama lain dan sangat efektif untuk digunakan.

Malah ramai yang memilih untuk berkayuh ke tempat kerja kerana lebih cepat dan meningkatkan tahap kesihatan. Ia juga menjadi produk pelancongan di mana kita boleh berkayuh sambil menikmati sejarah serta keindahan kota Melbourne.

Saya tak pasti negara mana masih mengenakan plat ini tetapi di Eropah rata-rata sudah tidak digunapakai.

Di Poland dikenakan lesen plat selepas World War 2 sehingga lah akhir 1960an. Di Switzerland pula pernah diguna pakai lesen plate yang dipanggil ‘Velovignette’ tetapi sudah diberhentikan pada tahun 2011.

Di Jerman juga mereka sudah berhenti lesen plate ini lama dahulu kerana ingin menggalakkan rakyat mereka ‘mengayuhkan kebasikalan’ itu. Di Toronto, Canada ada di bincangkan idea ini pada tahun 1984, 1992 dan terkini 1996 tetapi tidak diterima ramai kerana ia tidak efektif.

Antara beberapa faktor utama ia ditolak adalah mengenakan lesen dan plat ini tidak mengubah ‘behaviour’ atau perlakuan pengayuh basikal itu dan keduanya menimbulkan kepayahan kepada kanak-kanak yang juga berkayuh ke sekolah (dan sebagainya) dan boleh menghalang minat ke arah aktiviti yang lebih sihat.

Mengenakan lesen dan plat hanyalah akan mengurangkan pengguna basikal. Sekarang ni kita nak galakkan rakyat Malaysia berbasikal sebab boleh melahirkan rakyat yang sihat walafiat, kalau di ‘tackle’ dengan betul mungkin boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas (kurang pengguna kenderaan), basikal ni pun negara maju lain considered as clean, quiet and green.

Lepas tu tak ke berkembang juga ekonomi dari sektor basikal ini? Jual beli barangan basikal dan yang berkaitan, sektor sains sukan, sektor kejurulatihan dan lain-lain.

Andai kata ingin juga aplikasikan lesen dan plat, perlulah ada juga ujian untuk mendapatkan lesen ini, mana boleh bagi lesen suka-suka hati je kan. Jadi perlu difikirkan pula untuk ada satu sistem seperti pengguna kenderaan yang lain yang perlu menduduki ujian untuk mendapatkan lesen mereka.

Cabaran berbasikal maya #TOGOMY57, orang ramai dijemput sertai kayuhan 57,000 km

Dah kalau ada yang tak lepas lesen tu macam mana pulakkan. Banyak yang saya nak huraikan tetapi rasanya cukuplah ringkasan ini sahaja dulu buat masa ini.

Kesimpulannya bagi saya adalah jika nak bina bike lane atau laluan khas seperti negara-negara maju lain itu mungkin agak complicated sedikit infact kita sudah cuba dulu dan gagal.

Nak bina sebuah infrastruktur khas ini adalah a different level of funding dan memerlukan dana yang besar (kurang sesuai dengan keadaan sekarang-ekonomi kurang stabil) oleh sebab itu bagi saya mungkin buat masa ini kita cuba aplikasikan dahulu point saya 1 dan 2 dahulu (kalau boleh 3 lagi bagus) atau mungkin ada banyak lagi idea-idea bernas dari rakyat Malaysia yang lain sebelum idea lesen dan plat diguna pakai.

Atau mungkin juga sudah sampai masanya untuk diberikan pengiktirafan undang-undang (Recognition of Law) kepada pengayuh basikal seperti pengguna-pengguna jalan raya yang lain?

Menurut Azizulhasni, jalan terakhir adalah aplikasi lesen dan nombor plat dilaksanakan, maka infrastruktur khas untuk penunggang basikal perlu ada kerana mereka mempunyai hak yang sama di atas jalan raya.

Demikianlah pendapat Rocketman kita, korang setuju ke tidak?

Sumber : Facebook Azizul Hasni Awang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca