Tiada sebarang kenyataan rasmi dihantar S. Pavithra, kekal gelaran ikon Anak Bandar Raya Ipoh 2020

Tiada sebarang kenyataan rasmi dihantar S. Pavithra, kekal gelaran ikon Anak Bandar Raya Ipoh 2020
Tiada sebarang kenyataan rasmi dihantar S. Pavithra, kekal gelaran ikon Anak Bandar Raya Ipoh 2020
A
A
A

TEKA-TEKI orang ramai kini terjawab apabila hari ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilaporkan masih mengekalkan anugerah Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 yang diberikan kepada pengguna YouTube sensasi, S. Pavithra, meskipun beliau menolak pengiktirafan tersebut.

Memetik laporan portal media tempatan, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ini kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dihantar Pavithra, 28, kepada MBI berhubung penolakan tersebut.

Pavithra masih sayangkan suami? Tarik balik kes dan pertuduhan

"Buat masa ini, kita masih lagi mengekalkan sebab tahun depan kita akan umumkan (anugerah ikon) pada sambutan 33 tahun Majlis Bandaraya Ipoh, bagi saya penganugerahan itu masih ‘status quo’," katanya.

Pavitra dan suaminya, M.Sugu mencetuskan kontroversi apabila Sugu, 29, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit pada 24 Julai lepas.

Kejadian itu berlaku akibat perselisihan faham antara pasangan itu  selepas Pavitra diiktiraf sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh MBI baru-baru ini. Pavitra kemudiannya memaafkan perbuatan suaminya itu.

Pavithra masih sayangkan suami? Tarik balik kes dan pertuduhan

Sugu dan Pavitra kemudiannya mengambil keputusan menolak sebarang pengiktirafan ikon susulan kes tersebut dan memberikan alasan mahu mengutamakan penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.

Jadi, adakah selepas ini channel YouTube mereka kembali aktif? Sama-sama kita tunggu dan lihat apa lagi teka-teki yang boleh dijangkakan selepas ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca