MOMEN terakhir Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Angkatan Tentera Malaysia mengundang sebak warga maya.

Selepas lima tahun sebagai pemerintah tertinggi negera yang menaungi Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) Yang di-Pertuan Agong selaku pemimpin tertinggi ATM berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih di Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur,

Turut berangkat bersama ialah Raja Permaisuri Agong, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah danTengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 9.00 pagi disambut Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara.

Istiadat perbarisan berkenaan diadakan bersempena dengan tamat pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 pada 30 Januari ini.

Seri Paduka Baginda dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong berkuat kuasa bermula 31 Januari 2019 selepas menggantikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

 

Raja Permaisuri Agong turut menitiskan air mata menyaksikan momen terakhir suami tercinta bersama pasukan yang bertanggungjawab terhadap kedaulatan dan keselamatan negara itu.

Baca juga: Berjiwa rakyat, Al-Sultan Abdullah terhibur dipanggil pakcik, Permaisuri Agong ambil aduan jalan teruk, Sabahan teruja keluarga diraja depan mata

Baca juga: Sempoi ngeteh santap cendol, Yang di-Pertuan Agong berkenan bawa Putera Albert II lepak gerai

Baca juga: ‘Sweet adinda, kekanda berpelukan’, ramai linang air mata lihat Sultan Ibrahim & Raja Permaisuri Agong

Baca juga: Tuah Missclyen kini anak angkat Raja Permaisuri Agong, alami penyakit ‘rare’ Sindrom Werewolf

Al-Sultan Abdullah bertitah sejak penubuhannya, ATM menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara, dengan warga ATM sentiasa gagah perkasa tanpa mengira masa, cuaca serta kesenangan peribadi untuk membelah samudera, merentasi ruang angkasa dan mengharungi hutan belantara, sama ada di dalam negara mahupun di persada antarabangsa.

Baginda bertitah ketika negara dibelenggu pandemik Covid-19 dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang ketat, warga ATM berjuang di barisan hadapan bagi menentukan struktur pentadbiran dan keselamatan negara masih berdiri kukuh tanpa diganggu-gugat.

Hantaran dikongsi Instagram Istana Negara menjadi tumpuan warga maya yang rata-rata meluahkan rasa pilu dan pasti merindui baginda berdua yang berjiwa rakyat.

– “Tuanku sentiasa di hati rakyat.”

Iklan

– “Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri paling terbaik di Malaysia, peramah dan mesra dengan rakyat jelata. Semoga sihat selalu Tuanku sekeluarga.”

– “Daulat Tuanku. Junjung kasih Tuanku kerana memerintah negara kita dengan baik dan selalu mendengar suara rakyat. Jasa baik Tuanku takkan kami lupa, pasti akan merindui.”

– “Sebaknya. Ampun Tuanku..semoga Tuanku dan Tuanku Permaisuri diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia dengan kebaikan.”

– “Tidak kekok mencemar duli bersama dengan rakyat, semoga apa yang Tuanku dan Raja Permaisuri laksana sebelum ini diteruskan oleh kepimpinan baharu nanti.”

– “YDPA please stay longer. You were the best and most genuinely caring King and Queen.”

Iklan

-“Kami pasti merindui Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.”

-“Menjunjung kasih Tuanku, kami pasti akan merindui.”

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri juga mendoakan agar Malaysia terus di bawah rahmat ALLAH yang berpanjangan dan perlindungan yang berkekalan buat perwira dan serikandi bangsa yang gagah menabur jasa demi negara tercinta.

Istiadat itu melibatkan 40 pegawai dan 888 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu tentera darat, laut dan udara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!