BAGI anda yang mengikuti drama rantaian ‘Rindu Kasih’ pasti terasa sebak dengan watak Salina yang dibawakan oleh Ummi Nazeera melahirkan anaknya sewaktu menjalani hukuman dalam penjara.

Mungkin ramai warga maya tertanya-tanya adakah banduan dibenarkan untuk menjaga anak di dalam penjara?

Realitinya bayi yang dijaga dalam penjara bukanlah satu perkara yang luar biasa. Ini kerana banduan wanita dibenarkan untuk menjaga dan membesarkan anak ketika menjalani tempoh tahanan.

Menerusi video yang dimuat naik Sinar Harian di TikTok, Penolong Penguasa Penjara, Naterah Abdullah menerangkan bahawa terdapat SOP membenarkan kanak-kanak yang lahir dalam penjara berada di bawah jagaan ibu masing-masing.

Baca juga: Cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu pada 1 Januari 2023? 10 info perlu tahu jika jadi kenyataan

“Selain daripada banduan yang biasa menjalani hukuman, ada juga banduan yang mengandung, yang melahirkan anak di dalam penjara.

“Di Penjara Wanita Kajang, kami memberikan rawatan yang khusus kepada ibu mengandung dan penjagaan anak.

“Dari segi penjagaan anak, banduan dibenarkan menjaga anak sehingga berusia tiga tahun. Selepas usia tiga tahun, anak akan diserahkan kepada ahli keluarga atau waris terdekat.

“Sekiranya tiada waris terdekat, kanak-kanak itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pun pihak kedutaan bagi negara berkenaan,” katanya.

Baca juga: ‘Saya rasa ibu mahu bersalin.’Umur 10 tahun jadi bidan terjun bantu ibu bersalin, sikap berani kanak-kanak perempuan ini dikagumi ramai

Menurut Naterah lagi, walaupun ibu ditahan dipenjara, pihak keluarga atau pun anak yang berada berada di luar penjara boleh bertemu dengan keluarga atau ibu di dalam penjara secara bersemuka.

Pertemuan itu diaturkan oleh pihak penjara bersama dengan penjaga atau pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak kedutaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sedih. Si ibu perlu berpisah juga dengan anaknya selepas tiga tahun menjaga dan membesarkan anak yang dikandung selama sembilan bulan.

Berikut antara komen-komen yang ditulis warga maya:

– “ALLAH…selepas tiga tahun itu kemuncak sedih. Anak dan ibu sedih berpisah. Ketika ini anak sudah besar, sudah pandai dan ingat.”

– “Umur tiga tahun anak sudah kenal siapa ibu dia. Sedih juga tapi ibu mana nak anak membesar di penjara. Doakan baik-baik sahaja untuk penghuni penjara. Semoga dipertemukan dengan anak suatu hari nanti.”

Iklan

– “Perkara paling sedih, melahirkan anak dalam penjara.”

– “Sedih bila dengar melahirkan dekat penjara dan selepas umur anak tiga tahun, perlu serahkan kepada waris.”

– “Paling sedih selepas anak tiga tahun perlu berpisah dengan anak. Sedih itu tidak dapat diungkapkan.”

– “Ya ALLAH sedihnya. Rapat dengan anak sampai tiga tahun, selepas itu perlu berpisah.”

– “Sedihnya. Selepas tiga tahun perlu serahkan anak pada waris.”

Iklan

Baca juga: Tergamaknya! Tolak isteri hamil 7 bulan tepi tebing untuk kaut duit insurans, lelaki dipenjara 30 tahun

Sumber: Sinar Harian

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi