CUTI bersalin 98 hari dan bekerja 45 jam seminggu adalah antara perkara yang menjadi perhatian tentang Akta Kerja (1955).

Ia yang sepatutnya dikuatkuasa pada 1 September 2022 tetapi ditangguhkan atas faktor tertentu dan permintaan pihak industri dengan alasan memerlukan sedikit masa kerana pada masa itu masih dalam keadaan pemulihan ekonomi.

Menteri Sumber dan Manusia, Datuk Seri M Saravanan pada Ogos 2022 telah mengumumkan bahawa akta tersebut akan ditangguhkan penguatkuasaannya ke 1 Januari 2023.

Baca juga: Cuti bersalin 98 hari, paterniti 7 hari, waktu kerja 45 jam seminggu ditangguh, 9 info berkaitan

Kredit foto: Pexels

Tidak dapat dipastikan sama ada pelaksanaannya, berikut adalah intipati pindaan Akta Kerja (1955).

1-Pengurangan jam maksimum bekerja dari 48 jam ke 45 jam dan banyak lagi manfaat baik untuk pekerja.

2-Antara pindaan yang telah diluluskan ialah tuntutan bayaran kerja lebih masa untuk mereka pada tingkat gaji RM2,001 hingga RM4,000.

3-Cuti paterniti dinaikkan tiga hari kepada tujuh hari

Kredit foto: Pexels

4-Cuti bersalin pekerja wanita yang dilanjutkan dari 60 hari ke 98 hari.

5-Hak wanita hamil tetap pada jawatan yang sama yang mana syarikat dilarang memecat kaki tangan wanita hamil dalam tempoh bersalin. Hanya tiga perkara yang boleh membuat penamatan kerja iaitu melanggar kontrak kerja, salah laku dan syarikat tutup (bankrup).

6-Penambahbaikan cuti sakit dan cuti hospitalisasi.

7-Notis gangguan seksual yang mana pihak kerajaan mewajibkan pihak majikan memberi kesedaran mengenai gangguan seksual.

Baca juga: Boleh cuti bersalin setahun, 5 bulan bergaji penuh, perkongsian Dr Amalina buat warganet ‘cemburu’

8-Pembayaran upah melalui bank/ cek atau tunai.

9-Larangan buruh paksa.

10-Tempoh perantisan minimum enam bulan dan maksimum 24 bulan.

Baca juga: Minta air panas, tapi pekerja Starbucks siap basuhkan botol susu. Lelaki ini cerita pengalaman

Tujuan pindaan tersebut adalah bagi meningkatkan dan menambah baik perlindungan serta kebajikan pekerja di samping memastikan peruntukan undang-undang di negara ini selaras dengan standard antara bangsa.

Iklan

Baca juga: Stres, penat, migrain ketika bekerja, itu petanda dir’burn out’ cara mengawalnya

Menurut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, semua pekerja swasta yang memasuki kontrak perkhidmatan wajar dilindungi dan beroleh manfaat.

Warga maya rata-rata menyatakan harapan ia dikuatkuasakan seperti mana dirancang pada 1 Januari 2023.

-“Bersalin bulan Disember, kiranya tidak merasalah 98 hari cuti bersalin 98 hari.”

-“Agaknya tangguh lagikah kali ni?”

Iklan

-“Harap menjadi kenyataan.”

Baca juga: Pengurus pejabat paling tua di dunia, masih gigih bekerja usia 90 tahun

Sumber: Laman FB rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Sinar Harian

Kredit foto utama: Pexels 1, 2, Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.