Tular video isteri ahli parlimen Padang Rengas langgar SOP kuarantin, ini jawapan Haflin

EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) melalui Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) di negara itu, mengambil inisiatif ‘turun padang’ bagi mengagihkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di Pahang.
January 22, 2021
Oleh Faizul Hakimi

SETELAH disahkan positif Covid-19, isteri, anak dan pembantu kepada Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

Nazri disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit ketika mengadakan sidang media untuk menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur minggu lalu.

Iklan

Selepas Nazri, Isterinya yang dikenali sebagai Haflin Saiful dan anaknya yang berumur empat tahun turut disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Menurut SOP terbaru Kementerian Kesihatan, pesakit Covid-19 dalam kategori Tahap 1 (tiada gejala) dan Tahap 2 (gejala ringan) perlu menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.

Maka mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menjalani tempoh kuarantin di sebuah Villa yang terletak di Kelantan.

Iklan

Haflin juga turut membuat hantaran di Instagram menunjukkan dirinya berada dalam kuarantin di Villa Danialla Beach Resort yang terletak di Bachok, Kelantan.

 

Namun lain pula yang jadi apabila posting yang dikongsikan Haflin dengan caption “best home quarantine ever” dengan latar belakang laut membuatkan warganet mendakwa mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalani tempoh kuarantin.

Melalui video yang dikongsikan, kelihatan Haflin sedang gembira mandi laut sambil memakai gelang merah jambu yang dipercayai gelang kuarantin Covid-19.

Namun, Haflin menafikan melanggar SOP Covid-19 selepas videonya di tepi pantai menggunakan gelang bewarna merah jambu tular dan menjadi bahan bualan ramai di media sosial.

Haflin berkata, video yang dimuat naiknya di akaun Instagram adalah di pantai persendirian.

“Ini adalah kawasan pantai persendirian, tempahan khas saya dan ia tidak terbuka untuk pengunjung luar,” katanya.

Tambahan pula Villa itu dah ditutup kepada orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi Haflin, dia tiada masalah untuk hidup aktif sepanjang kuarantin memandangkan tempatnya tinggalnya ada ruang luas dan kebetulan ia terletak di tepi pantai.

Maka kini terjawab sudah dakwaan warganet berkenaan isu gelang merah jambu Haflin.

Video yang berdurasi 20 saat itu menunjukkan aksi Haflin berada di tepi pantai dan berlari menuju ke dalam lautan sambil diperhatikan anak dan pembantu rumahnya.

Terdahulu, pada 12 Januari lalu, Nazri mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang turut disertai Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan bekas setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin.

Empat hari kemudian Zaharin mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.

About Faizul Hakimi

 
Iklan