Tunang lesap di hari pernikahan, lelaki kecewa ditipu & rugi RM30,000

IMPIAN seorang pemuda di Kuching, Sarawak mendirikan rumah tangga berkecai dan hari bahagianya juga bertukar menjadi mimpi ngeri selepas ditipu wanita yang sudah menjadi tunangannya.

Seorang pengguna Facebook Nurul Aiman dalam satu hantaran meluahkan rasa kesalnya apabila maruah keluarga dipijak dan ditipu oleh tunangnya sekeluarga.

Menerusi hantaran tersebut, lelaki tersebut mengatakan sepatutnya dia dan tunangnya melangsungkan majlis akad nikah pada hujung minggu lalu di Mukah tetapi dirinya sekeluarga ditipu.

Pada hari yang sepatutnya majlis berlangsung, dia dan keluarga yang telah tiba ke rumah tunangnya itu pelik apabila rumah tersebut kosong seolah-olah tiada sebarang majlis serta tunangnya sekeluarga turut tidak membalas pesanan dihantarnya.

“Sampai je kat situ dah rasa pelik sebab macam tak ada apa-apa sambutan, kosong! Persiapan majlis langsung tak ada.

“Saya cuba telefon bakal pengantin perempuan dengan bapa dia, dua-dua tak boleh dihubungi. Alamat betul, tapi rumah tak ada orang. Memang dah agak sesuatu yang tak kena.

“Kami ambil keputusan nak pergi rumah jiran sebelah, rupanya tuan rumah itu emak saudara si pengantin perempuan.

“Jadi kita orang beritahu tujuan datang dan tanya fasal pengantin perempuan. Kita orang tanya sama ada kenal tak dengan pengantin perempuan tu.. Bertambah geram dan terkejut bila mereka beritahu nama sebenar dia (nama lain),” ceritanya.

Baca juga Sedihnya! Bapa meninggal 15 minit sebelum naik pentas konvo, gadis gagahkan diri menangis terima skrol

 

Lebih mengejutkan apabila dia mengetahui kebenaran daripada saudara tunangnya di sebelah rumah bahawa wanita itu sebenarnya isteri orang dan sudah memiliki dua orang anak.

Aiman juga tergamam kerana bapa kepada tunangnya itu tergamak untuk bersubahat menipunya.

“Yang lagi parah perempuan tu dah berkahwin dan ada dua orang anak. Ayah dia pun bersubahat sekali dalam kes ini sebab tak jujur dari awal.

Iklan

“Memang ‘speechless’ (hilang kata-kata), kecewa, marah, sedih semua ada, tak mampu nak cakap apa masa tu. Dengan kos kerugian persiapan perkahwinan lagi.. duit hantaran dah dibagi juga. Maruah keluarga lagi.. mana nak letak,” katanya.

Difahamkan, dia telah mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit untuk segala persiapan perkahwinan dan juga wang hantaran bernilai RM8,000 juga dipercayai lesap.

Baca juga Hidap penyakit autoimun sejak kecil, pemuda tinggi 137cm alami penyakit JIA, ‘untungnya’ muka sentiasa baby face

Susulan itu, Aiman dan keluarga sudah membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut yang dianggarkan bernilai RM30,000.

Iklan

Menurutnya, wanita tersebut merupakan seorang yang bertugas dalam pasukan badan beruniform dan menjawab persoalan ramai mengenai proses daftar nikah, dia mengatakan urusan itu diselesaikan oleh pihak perempuan.

“Banyak lagi benda yang dia tipu tapi tak mampu nak tulis panjang dekat sini,” tulisnya yang berharap perkongsiannya itu dapat dijadikan iktibar dan pengajaran bersama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!