BESARNYA ular sering dikaitkan dengan saiz ular raksasa Anaconda. Namun hakikatnya Ular Sawa Batik atau nama saintifiknya Python reticulatus tidak kurang besar saiznya.

Spesies ular sawa yang ditemui di Asia Tenggara itu boleh membesar mencecah 6.95 meter (22.8 kaki) panjang.

Ia adalah spesies ular dan reptilia yang terpanjang di dunia.

Jadi jika ia boleh membesar sepanjang itu, bayangkan pula saiz tubuhnya? Tentunya besar!

Baca juga: [VIDEO] “Keladi mak dah viral..” Pokok keladi saiz gergasi belakang rumah tinggi dari bumbung

Baru-baru ini kisah penemuan dua ekor ular sawa di Terengganu menjadi tular dan menggemparkan negara. Saiz dan beratnya cukup ‘gergasi’ dan menggerunkan.

Berikut lapan info mengenainya.

1. Ditemui di daerah Marang, reptilia itu yang masing-masing seberat 250 kilogram (kg) dan lebih 100 kg.

2. Penemuannya mengejutkan beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka.

3. Ular sawa pertama seberat 250kg dan sepanjang kira-kira 5.8 meter.

4. Manakala ular kedua seberat lebih 100kg dan sepanjang 4.2 meter.

5. Difahamkan reptilia tersebut ditemui dalam tanah yang dikorek dan dibersihkan.

6. Manakala seekor lagi ular sawa turut ditemui berhampiran lokasi penemuan ular pertama.

7. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang membantu menangkap kedua-dua ular gergasi itu menyifatkan lokasi itu adalah sarang reptilia tersebut.

8. Kedua-dua ular ini akan dipindahkan ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Terengganu.

Baca juga: Terpisah 24 Jam Lari Dari Debu Panas Gunung Berapi, Isteri Menangis Lihat Suami Masih Hidup

Iklan

Untuk pengetahuan korang, spesies ini merupakan ular terbesar yang asli di Asia. Secara amnya, ular sawa dengan kepanjangan melebihi 6 meter (20 kaki) agak jarang ditemui.

Guinness Book of World Records merekodkan spesimen ular sawa yang paling panjang dari Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia. diukur dalam keadaan anestesia pada 6.95 m (22.8 kaki). Beratnya pula hanya 59 kg kerana dipercayai tiga bulan tidak makan.

Iklan

Baru-baru ini SinarPlus melaporkan mengenai ular sawa seberat 100 kg yang ditemui di Selama Perak. Ketika ditemui ular sawa berkenaan juga didapati sedang bertelur.

Baca juga: Ular Sawa Berat 100kg Ala Anaconda Ditemui Di Perak. Mampu Telan Mangsa Sama Berat Badannya

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia