TRAGEDI Gunung Api Semeru pada 4 Disember lalu memberikan kesan besar dalam hidup masyarakat setempat.

Letusan itu memuntahkan abu vulkanik tinggi ke udara, menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Sekurang-kurangya 15 orang terbunuh. Lebih 50 orang mengalami kecederaan akibat letusan itu dengan kebanyakan mangsa melecur.

Trauma dengan bencana, ramai yang masih terpisah dengan ahli keluarga ketika menyelamatkan diri daripada abu panas vulkanik.

Baca juga: [VIDEO] 4.00 Petang Gelap Gelita, Abu Tenggelamkan Rumah Hingga Ke Atap, Berikut Sejarah Letusan Gunung Semeru

Susulan meletusnya gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa itu, masih ramai yang hilang manakala usaha mencari masih giat dijalankan mendapan debu ada yang mencecah atap rumah.

Perkongsian video oleh pengguna TikTok @sign009 meraih perhatian warga maya tatkala sepasang suami isteri bertemu semula selepas letusan.

Berpantang maut sebelum ajal, si isteri kelihatan menangis melihat suaminya masih hidup. Manakala si suami pula memeluk dan menenangkan isterinya yang menangis kesyukuran.

Baca juga: [VIDEO]Wanita OOTD Di Telaga Tujuh Langkawi Tetiba Muncul Wajah Misteri Buat Ramai Seram

“Maka nikmat mana yang engau mahu dustakan?

“Kisah mengharukan daripada sepasang suami isteri yang terpisah sewaktu melarikan diri dari rumah yang terdedah kepada debu gunung berapi yang panas.

“Terpisah 24 jam tanpa komunikasi. Beranggapan satu sama lain tidak selamat dari bencana (letusan gunung berapi), tetapi takdir akhirnya berhasil menemukan kembali di tempat perlindungan,” titipnya.

@signs009Maka nikmat Tuhan mana yang kau dustakan? ##kisahcintadalambencana ##separuhjiwa ##erupsisemeru2021 ##bencanasemeru ##fyp ##takdir♬ Hal hebat – Coffee latte☕️

Warganet sebak melihat paparan video berkenaan. Bahkan ia juga menimbulkan rasa menghargai kepada pasangan.

Tidak kurang juga yang menzahirkan ucapan takziah dan menitipkan doa agar semuanya kembali pulih.

“Masih diberi kesempatan”

“Cepat bertemu ahli keluarga”

Iklan

“Tiba-tiba rasa hiba”

“Kebahagian tidak terungkap”

Iklan

“Janganlah dipisahkan dengan suamiku”

Baca juga: [VIDEO] “Keladi mak dah viral..” Pokok keladi saiz gergasi belakang rumah tinggi dari bumbung

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @sign009