Uncle 'luar biasa' sarung kepala, guna plastik ke PPV, murah hati belanja frontliners

A
A
A

SEBAIK sahaja seorang lelaki warga emas turun dari teksi kebanyakan mata peserta yang berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang tertumpu padanya.

Masakan tidak, penampilan uncle tersebut disifatkan unik dan luar biasa apabila menyarung kepala menggunakan plastik lut sinar.

Biarpun sudah memakai pelitup muka, barangkali penggunaan plastik itu sebagai 'perlindungan' tambahan ketika berada di tempat awam.

Tidak dinafikan ada peserta yang ketawa sinis, tetapi beliau sedikitpun tidak mengendahkan memandangkan matlamat utama ke pusat tersebut adalah untuk menyempurnakan suntikan vaksin Covid-19.

uncle usmGELAGAT lelaki warga emas menyarungkan kepala menggunakan plastik meraih perhatian peserta di PPV USM, Pulau Pinang baru-baru ini.

Situasi tersebut dikongsikan menerusi laman sosial Facebook rasmi USM baru-baru ini yang memaparkan kepingan foto uncle terbabit dalam persalinan baju-T, seluar paras lutut dan bertopi.

"Uncle ini berpenampilan unik hadir ke PPV USM untuk suntikan vaksin. Beliau datang dengan menaiki teksi.

"Banyak mata yang memandang pelik dan kedengaran ketawa sarkastik dalam kalangan orang awam, namun beliau tak hiraukan. Terus sahaja melaksanakan proses vaksinasi," tulis hantaran tersebut.

uncle usmPun demikian, perkara yang menyentuh hati warga maya apabila pihak USM mendedahkan keluhuran hati lelaki berkenaan.

Selesai sahaja vaksinasi sebelum pulang ke rumah warga emas terbabit dilihat berjalan menuju ke arah sukarelawan PPV.

"Frontliners (petugas barisan hadapan) telah bekerja kuat. Tolong belikan mereka makanan tengah hari," pintanya sambil menyerahkan sejumlah wang tunai kepada pasukan sekretariat bertugas.

Kemudian, uncle 'luar biasa' itu pulang menaiki teksi sama yang dinaikinya ke PPV.

Kemurahan hati yang dipamerkan warga emas itu secara tidak langsung meraih perhatian pelbagai pihak di sana termasuk warga maya.

Tidak ketinggalan ada juga yang menzahirkan supaya usah menilai penampilan seseorang daripada luaran kerana kita tidak tahu kebaikan hatinya.

uncle usm- "Luar biasa. Terima kasih uncle. Semoga uncle dilindungi."

- "Saya pula yang terharu rakyat Malaysia semua baik2. #kitajagakita."

- "So cute la uncle! Semoga terus dikurniakan kesihatan yangg baik."

- "Semoga uncle sentiasa sihat dan dilindungi dari segala penyakit."

- "Moral of the story...don't judge a book by the cover."

- "Someone go find this uncle and give him an endless supply of face mask and face shield. Send him our love and gratitude too."

- "People laugh at his precautions not knowing his good intentions. He was protecting himself and others around him! Finally, instead of just saying 'thank you', he thanked the hardworking staff by giving them a 'treat' . You might not find many such persons. Wish him a healthy, long life."

- "Thank you for your kindness, Uncle."

Sumber: Facebook Universiti Sains Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca