[VIDEO] Anggota polis gigih cari jurubahasa bantu OKU buat laporan dipuji

[VIDEO] Anggota polis gigih cari jurubahasa bantu OKU buat laporan dipuji
[VIDEO] Anggota polis gigih cari jurubahasa bantu OKU buat laporan dipuji
A
A
A

BIASANYA, laporan polis diambil secara lisan oleh penulis laporan di balai.

Namun lain yang terjadi kepada seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lans Koperal Nabilah Mohd Yusof yang bertugas di Balai Polis Alor Setar, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah ini.

Dikatakan, sebuah video telah tular menunjukkan kesungguhan anggota polis itu membantu pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk memberi maklumat aduan dengan membuat panggilan video bersama seorang jurubahasa dari Persatuan Orang Pekak Kedah (POPKDA).

Menerusi perkongsian oleh Facebook Polis Diraja Malaysia, video berkenaan mendapat pujian ramai kerana pihak polis memudahkan golongan seperti ini untuk berkomunikasi seterusnya bagi merekodkan maklumat.

Menurutnya, seorang lelaki yang cacat pendengaran dan pertuturan pada mulanya datang ke balai polis itu untuk membuat laporan.

"Oleh kerana berdepan masalah komunikasi, Lans Koperal Nabilah lantas menghubungi Persatuan Orang Pekak Kedah (POPKDA) bagi mendapatkan bantuan.

"Lans Koperal Nabilah telah menghubungi jurubahasa isyarat dari Persatuan Orang Pekak Kedah (POPKDA), Puan Suriati Mohd Shukor melalui panggilan video bagi menterjemah bahasa isyarat pengadu untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

"Semoga usaha murni ini menjadi contoh tauladan buat warga PDRM yang lain demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat kekal profesional dan berkualiti," tulis @pdrmsia_official di Instagram.

Baca juga Rupanya ini pemilik tulisan tangan cantik di kad ucapan kiriman Tok Ti

Melalui video itu, Lans Koperal Nabilah yang berada di kaunter aduan balai sedang memegang telefon bimbit, dan mencatat butiran aduan, sambil Suriati menjadi orang perantara melalui panggilan video.

Lans Koperal Nabilah turut meraih ucapan syabas dari PDRM.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Lans Koperal Nabilah yang sangat komited semasa menjalankan tugas.

baharuddinbaharin - Syabas L/Kpl Nabilah Mohd Yusof. Usaha murni yang sangat disanjung.

mywirahero - Terbukti terbaik, syabas PDRM, ada keberkatan dan berjasa.

yoefarisz_42 - Terbaik L/Kpl. Anda berfikir secara kreatif dan memudahkan tugasan anda disamping membantu orang awam yang memerlukan.

oui.jack - Syabas... Memberikan satu lagi khidmat yang baik dan disyorkan menambahkan baik mutu kaunter service OKU di semua balai polis di seluruh Malaysia.

meisteramir - Terbaiklah... inisiatif diambil bagi memastikan mutu laporan berfakta yang disediakan bertepatan dengan maklumat yang diberikan.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca