[VIDEO] ‘Auto’ menitik air mata, aksi pilu kanak-kanak enggan bapa keluar bertugas runtun hati warga maya

A
A
A

SAMA seperti ibu, bapa juga tidak ketinggalan mendapat tempat yang istimewa di hati anak.

Belaian dan perhatian daripada insan bergelar ayah didambakan mereka. Hingga ada ada yang mengatakan cinta pertama anak perempuan adalah si bapa.

Tidak dinafikan demi tugas, adakalanya kedua-duanya terpaksa berjauhan untuk seketika.

Namun penulis yakin, kaum bapa juga tiada pilihan selain meneruskan rutin kerjaya demi mencari rezeki buat keluarga.

Seperti sebuah video tular dikongsikan pengguna TikTok Areyang yang meruntun hati warga maya.

Baca juga: [VIDEO]Ayah Terjumpa Anak Tengah Kerja 'Drive-Thru' Bikin Ramai Jurai Air Mata

“Auto mata ibu masuk habuk juga. #warkahcintatentera #savesini,” titipnya.

Menurut wanita berkenaan, anak perempuan pertamanya yang dipanggil 'kakak' baharu sahaja pulang dari sekolah.

Kelihatan seorang lelaki berpakaian seragam tentera lengkap dengan beg sandang celoreng sedang bersiap sedia memulakan perjalanan menaiki motosikal.

Seolah tidak merelakan si bapa pergi, kanak-kanak berkenaan dilihat mengambil baldi yang dibawa lelaki berkenaan.

Malah seorang lagi kanak-kanak turut meraung 'memukul' si bapa seolah-olah tidak mahu lelaki itu meninggalkan rumah.

Video menyayat hati berdurasi 42 saat itu ditonton 11.3 juta kali di TikTok.

@user447694423159 auto mata ibu masok habuk jgk? #warkahcintatentera???#save ♬ bunyi asal - Luqman Hakim

Ia kemudian telah dimuat naik semula oleh beberapa 'page' dan menjadi tular di pelbagai platform media sosial lain.

Netizen rata-rata sebak melihat aksi kanak-kanak berkenaan.

Rata-rata meluahkan sedih dan sebak serta menitiskan air mata selepas menontonnya. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman melalui situasi yang sama.

Kredit foto: Freepik

Baca juga: [VIDEO] “Ibu, Hawa nak pergi dekat papa, tapi papa…” Gelagat 2 beradik rindu bapa yang sudah tiada runtun hati warganet

-“Allahuakbar, pengorbanan seorang ayah yang terpaksa menahan sebak tangisan anak-anak tercinta. Saya pun turut menangis.”

-“Allahu, suami depan mata pun kadang-kadang anak menangis bila papa pergi kerja. Inikan pula berbulan-bulan berjauhan dengan.”

-“Pernah rasa macam ni. Masa sambung study 2018, anak saya baru umur tiga bulan. Bawa sarung bantal dan baju anak masuk kolej. Setahun lepas tu saya tak tahan, quit study.”

-“Pengorbanan seorang anggota demi tugas berbakti kepada negara.”

-“Rindu ayah dia lah tu, ayah dia pun tahan sebak, cuma tak mahu tunjuk.”

-“Sedih tengok kakak tu. Ayahnya pergi berkhidmat, berkorban jiwa dan raga.”

-”Allahu. Tak sanggup rasanya, kasihan. Tak puas lagi dia jumpa ayahnya. Betul anak perempuan cinta pertama diberi kepada seorang ayah.”

Baca juga: 23 tahun berkahwin belum miliki kad nikah, suami isteri nyaris ditangkap basah di hotel

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @user447694423159

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca