[VIDEO] Banjir naik ke paras dada, dua lelaki terpaksa makan dalam kuali
FENOMENA kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan paras air sungai juga meningkat naik.
Baru-baru ini, akibat hujan lebat yang turun tanpa henti menyebabkan banjir kilat di beberapa tempat terutama di sekitar Seremban menyebabkan orang terkandas, penduduk kampung terpaksa dipindahkan dan turut menenggelamkan beberapa kereta.
Keadaan banjir yang menenggelamkan kawasan perumahan pastinya memberi kesan kepada penduduk.
Manakan tidak, habis barangan dalam rumah rosak dan nyawa juga boleh terancam jika tiada langkah keselamatan awal diambil.
Biar pun begitu, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video dua orang lelaki dilihat sedang menjamu selera menggunakan kuali dalam banjir.
Dalam rakaman itu kelihatan mereka berdua berada di dalam rumah yang dipenuhi air yang dipercayai banjir sehingga ke paras dada.
Turut kelihatan pada video tersebut barang-barang dapur turut berselerak dan terapung disebabkan oleh banjir dan paras air yang makin meninggi namun, kedua lelaki itu tetap menikmati makanan mereka.
Video pendek itu telah dikongsikan menerusi laman Instagram Era.je dan telah sehingga kini berjaya meraih lebih 200 ribu tontonan dan ratusan komen.
Menjengah ke ruang komen rata-rata warganet turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa lelaki tersebut dan ada juga yang merasakan ia lucu sehingga ada yang bertanya bagaimana mereka memasak?
Namun, apapun pandangan orang ramai, sesiapa sahaja yang kini berdepan dengan masalah banjir perlu mengambil langkah-langkah berjaga-jaga supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku.
Antaranya adalah seperti berikut:
Semasa banjir, sentiasa patuhi arahan daripada pihak berkuasa:
- Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarahkan.
- Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir.
- Tutup semua suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah.
- Sentiasa menjaga keselamatan warga tua, kanak-kanak dan ibu hamil.
Jagalah kesihatan :
- Pastikan air yang diminum bersih dan dimasak sempurna atau mimum air yang dibotolkan.
- Sentiasa makan makanan yang dimasak dan masih panas. Jika makan buah, kupas kulit dan elakkan makan makanan mentah.
- Jaga kebersihan diri dan persekitaran; sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih, gunakan tandas yang sempurna dan buang sampah di tempat yang betul.
- Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan sebagainya.
- Patuhi nasihat yang diberikan oleh Anggota Kesihatan.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang