[VIDEO] Cikgu ajar murid tulis huruf ‘B’ tapi tak sangka lain pula yang keluar

A
A
A

IRAMA dan muzik adalah perkara asas dalam kehidupan manusia. Dalam kehidupan kanak-kanak pula, irama muzik memainkan peranan untuk perkembangan mereka termasuk juga proses pembelajaran.

Buktinya, apabila mengajar kanak-kanak terutamanya pelajar tadika dan prasekolah, salah satu kaedah pembelajaran paling berkesan yang diguna pakai oleh guru adalah dengan menggunakan lagu dan nyanyian serta menggunakan pergerakan tubuh bagi memudahkan mereka untuk menghafal sesuatu perkara yang diajar.

Disebabkan itu juga guru yang mengajar anak-anak prasekolah perlu sentiasa kreatif dan ceria ketika mengajar mereka agar murid-murid sentiasa terhibur dan tidak bosan ketika belajar.

[VIDEO] Cikgu ajar murid tulis huruf ‘B’ tapi tak sangka lain pula yang keluar

Namun, baru-baru ini pula tular di media sosial apabila seorang guru memuat naik satu video di akaun TikTok miliknya yang mana beliau sedang mengajar dengan menggunakan pendekatan yang sama iaitu mengajar cara menulis abjad dengan menggunakan lagu.

Video tersebut kemudiannya diulang kicau oleh salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @amer_aljeffrey dan berjaya meraih lebih 11 ribu tanda suka.

“Kalau aku jadi cikgu, aku lari keluar kelas sambil nangis,” tulisnya ringkas dengan hanya sekadar berjenaka.

Melalaui rakaman berdurasi 28 saat itu kelihatan seorang guru prasekolah sedang mengajarkan anak muridnya cara untuk menulis huruf ‘B’ kecil.

Bagi ia lebih mudah faham dan memastikan murid-muridnya dapat mengingati cara menulis huruf tersebut dengan mudah, individu yang hanya dikenali dengan gelaran Cikgu Ayu menggambarkan cara menulis huruf itu sebagai sebatang ‘tiang lampu’ dan ‘perut buncit’.

Apa yang melucukan, tanpa diduga, selepas menyebut ‘perut buncit’ salah seorang anak muridnya dengan selamba menyambung lirik lagu guru tersebut dengan mengatakan ‘macam cikgu’.

Cikgu Ayu tergamam dengan kata-kata anak muridnya itu dan terus terduduk malu kerana beliau sendiri tidak menyangka perkataan tersebut keluar dari mulut anak muridnya.

Video tersebut menyebabkan warganet turut terhibur dengan apa yang mereka lihat mana tidaknya, orang kata kanak-kanak tidak pandai untuk berbohong. Apa yang dia nampak itulah yang akan dia perkatakan. Betul tak?

Semoga Cikgu Ayu bertabah dan tidak ambil hati. Lumrah dalam kehidupan, semakin membesar kanak-kanak, mereka akan semakin bijak berkata-kata.

Setidak-tidaknya Cikgu Ayu dan boleh daftar keahlian pusat kecergasan atau Gym terdekat dan mula melakukan senaman ringan. Boleh tak macam tu?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca