SEJAK penularan Covid-19,orang ramai kini kian biasa memakai pelitup muka di khalayak ramai dan ia menjadi satu norma baru yang bersifat sejagat.

Di Malaysia, penggunaan pelitup muka diwajibkan sejak 1 Ogos lalu dan mana-mana individu yang ingkar dengan arahan tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang.

pelitup muka

Maka hari ini boleh dilihat ramai dalam kalangan peniaga yang turut menjual pelbagai jenis pelitup muka di pasaran untuk kemudahan pelanggan.

Pelbagai jenis, rupa dan warna yang ditawarkan pembekal pelitup muka sehingga baru-baru ini seorang lelaki berkongsi satu video bagaimana dia mendapatkan sekeping pelitup muka yang dilihat berbeza daripada kebanyakan yang dijual dalam pasaran.

Video tersebut dikongsi menerusi akaun Tweet yang dikenali sebagai @Cyberjaya_info yang mana dia menjelaskan bahawa dirinya telah membeli pelitup muka berkenaan menerusi aplikasi pembelian atas talian terkemuka, Shopee.

Berdasarkan video terbabit, pelitup muka itu tidak hanya dilihat sebagai facemask biasa bahkan turut menawarkan fungsi tambahan yang mana ia memberikan fungsi cahaya yang mengandungi pelbagai warna yang boleh ditukar hanya dengan satu butang kawalan.

lelaki itu juga telah menunjukkan cara-cara penggunaan dan bagaimana pelitup muka tersebut berfungsi.

Iklan

Terdapat pelbagai reaksi yang diberikan oleh wargaet yang rata-ratanya kagum dan tertarik dengan kelebihan pelitup muka tersebut.

Namun, terdapat juga segelintir individu yang turut berasa bimbang terhadap keberkesanannya sebab pelitup muka tersebut juga perlu dicas terlebih dahulu sebelum ia digunakan.

Video berdurasi 1.13 saat itu sehingga kini Berjaya meraih 215,000 tontonan umum dan 7,000 ulang kicau.

Iklan

Wow! Menarik juga pelitup muka ni. Dari jauh dah boleh nampak, kalau pakai waktu malam mesti lagi meriah bukan?