[VIDEO] Frontliner tunjuk peluh, lencun macam mandi hujan buka PPE

[VIDEO] Frontliner tunjuk peluh, lencun macam mandi hujan buka PPE
October 21, 2020
Faezah Muda

PADA musim wabak Covid-19 semakin mengganas ini, SinarPlus percaya frontliner kakitangan kesihatan adalah antara orang yang paling sibuk.

Sejujurnya mereka semua adalah insan yang terlalu hebat dan mempunyai semangat yang kental.

Sewaktu bertugas, mereka diwajibkan memakai perlindungan diri yang dipanggil PPE (Personal Protective Equipment).

Dua hari lalu, seorang pengguna Twitter @anthraxxxx berkongsi sebuah video menunjukkan frontliner sedang membuka PPE.

Menerusi rakaman itu kelihatan dua lelaki membuka PPE yang dipakainya sepanjang bertugas.

Satu persatu lapisan ditanggalkan, habis basah kuyup dan menitis air yang bertakung di dalam PPE tersebut.

Begitulah keadaan frontliner setiap masa bertugas dan masing-masing cukup komited dalam melaksanakan tugas mengurus serta mengawal selia pesakit-pesakit Covid-19.

Video tersebut telah meraih perhatian warganet apabila dapat melihat sendiri bagaimana keadaan bila memakai PPE.

Kata mereka;

Bayangkan pakai benda ni panas-panas. Kita sebagai manusia secara nalurinya akan cari kipas atau aircond untuk sejukkan badan. Last-last tak rasa pun sebab kulit semua dah kena balut.

Ummm kita tengok pun dah rasa lemas. Rimas. Sampai berpeluh peluh dia orang. Macam kena hujan. Kita yang baru pakai mask 3 layer tu pun , dah berpeluh. Inikan pakai PPE setiap hari. Tapi dia orang still je tersenyum. Gelak gelak.

Artikel berkaitan: Pekerja sektor awam dan swasta di kawasan PKPB mesti bekerja dari rumah

Ye weh sumpah aku takleh bayang berpeluh-peluh berapa jam lamanya camtu. Lagi-lagi sekarang tengah musim panas. Aku kat rumah duduk bawah kipas ni pun rimas sebab panas nak mati, berpeluh pe semua… tabahnya lahai diorang.

Sedih sangat… basah lencun diorang semua tapi masih boleh tersenyum.

Kuat betul semangat mereka. Semoga semua urusan mereka dipermudahkan. Kami akan terus ikut SOP demi anda.

Terima kasih, anda semua sentiasa menjadi kebanggaan Malaysia. Cintaku padamu paras awan.

Ya Allah! Kesiannya aku tgk. Tak tau nak kata apa. Hanya Allah je yang dapat balas jasa kalian jaga keselamatan pesakit dan rakyat.

Begitulah frontliner yang sangat tabah dan bertanggungjawab tetapi kalau mengharapkan mereka sahaja maka kita akan kalah peperangan Covid-19 ini.

Jadi, kita perlukan kerjasama yang kuat daripada semua pihak dan seluruh untuk memutuskan rangkaian wabak ini.

Kekal di rumah jika tiada apa yang penting serta teruskan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. #kitajagakita