BEBERAPA hari lalu, pengumuman mengenai taman rekreasi awam kembali dibuka bagi tujuan beriadah ibarat berita sangat gembira kepada semua penduduk khususnya negeri di Fasa 1, Pelan Pemulihan Negara.

Ekoran itu, rata-rata individu yang sudah menerima vaksin lengkap memanfaatkan peluang itu dengan melakukan aktiviti yang dirindui mereka seperti bersukan.

Pun demikian, semalam terdapat satu cerita malang yang berlaku dan telah dikongsikan di media sosial.

Sebuah kereta jenama tempatan di kawasan parkir Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur telah dipecah oleh perompak ketika pemilik kenderaan itu sedang berjoging!

Menurut pemilik akaun TikTok @mr_penyu yang memuat naik sebuah video pendek itu, kejadian tersebut telah berlaku sekitar jam 7.30 hingga 9 pagi.

Antara taktik jahat yang dilakukan oleh perompak adalah menyorok serpihan kaca tingkap yang telah pecah di bawah kereta bagi mengelak perbuatan itu dihidu orang awam.

Menerusi rakaman video yang sama, kelihatan beberapa orang gadis sukar menerima ujian itu apabila kehilangan dompet duit dan dua biji telefon pintar.

@mr_penyu##tasikpermaisuri ##cheras

♬ original sound – RedGhost

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pesanan supaya jangan sesekali meletakkan barang berharga di dalam kereta, meskipun cuma beberapa minit sahaja.

Selain itu, mereka juga berkongsi pengalaman trauma kenderaan dipecah masuk oleh perompak di lokasi awam seperti masjid.

Oleh itu, buat semua pembaca, jadikan insiden itu sebagai salah satu pengajaran buat kita.

Iklan

Baca juga: Melancong ke Langkawi: DG Hisham ingatkan patuhi SOP, elak kes meningkat

Ingat, bukan sahaja kereta, pemilik motosikal juga sentiasa berhati-hati ya!

Jangan lupa follow kami di Instagram!