SEKARANG ini memang trend orang minat berkebun. Macam-macam yang ditanam daripada pokok hiasan hinggalah yang memberikan hasil dan pulangan lumayan kan…

Bagus juga hobi tu… Dapat menyihatkan badan, boleh mencantikkan dekorasi rumah dan jika tanam sayur pula kita hanya tinggal petik jika hendak digunakan.

Akan tetapi, hati-hatilah jika pokok yang ada nilai tu hendak ditanam di luar rumah ya. Peringatan ini juga untuk yang menanam pokok tersayang di dalam pagar kediaman tapi masih boleh dicapai oleh ‘tangan-tangan’ dari luar.

Kejadian berlaku yang dikongsikan ahli page Facebook, Group Beginner Tanam Pokok Dan Sayur ini barangkali boleh dijadikan pengajaran dan peringatan.

Dalam video yang dikongsikan oleh di page itu baru-baru ini, kelihatan seorang wanita bermotosikal yang memberhentikan kenderaan itu di sebuah rumah.

Dalam keadaan melihat di sekeliling dan tidak mengambil masa lama, wanita tersebut dilihat turun dari motosikalnya dan memanjat tembok serta melompat di depan rumah itu untuk mengambil tiga pasu dipercayai ditanam pokok orkid.

Selesai ‘pekerjaannya’, dalam keadaan tergesa-gesa, wanita berkenaan dilihat segera beredar dengan motosikalnya itu dan ‘hilang’ bersama pokok tersebut.

“Tolong viral..kan,” tulis Hasri Assry dalam kapsyen video berkenaan.

Beliau turut berkongsi beberapa maklumat tentang kejadian yang berlaku iaitu;

Lokasi: Kawasan Taman Seri Impian Mergong
Masa: 6.20pm
Tarikh: 1/7/2020

https://www.facebook.com/100015734311696/videos/830993340768469/

Video yang dikongsikan itu nampaknya turut mengundang rasa geram warganet. Antara komen:

Suka dia je mencuri…bladigol betul la

Bedebah punye manusia…rasa nk hmpok kepalanya dgn pasu orchid tu…

Senang nya ko

#pdrm

Rumah dia takda hiasan…sukati dia ja perembat hiasan dr rumah org.

Ini spesis beruk ni sesuka hati rembat pokok org….

Singkatnya pemikiran..

Mcm mcm

Nak Jual la tu..pandai dia..amik yg dah berbunga

Iklan

Selamba je rembat

Manusia selalu lupa, GOD sees all. Payback is COD or a bit delayed but there will be payback

…moga x cdent masa balik tu…gerrrammm tengok

… pi juai rasanya tu.. sepasu orkid macam tu dah berapa harganya.

12 tahun dulu musim tanam pokok pun dah hilang, pasu berat pun dicurinya..agaknya angkut dgn kete je waktu malam…

Kaki rembat…ni apa2 pun dia rembat…

Laaa. Pokok pun nak curik. 🤣🤣🤣

Iklan

Orkid skg d pasaran mahal..jika sayang orkid simpan bhg dlm..

Beraninya dia….

15 thn dulu org pun curi orkid bkn skrg je
Sejak tu x tanam orkid
Tanam pokok kuini pun org curi bawa lori habis 1 pokok, jiran bgitau..…

Malunya. Dah tua2 masih curi pokok bunga. Education failed.

memang ada perangai keji mcm ni.pernah dulu pokok bunga kena curi.

Pesan SinarPlus, siapa yang tanam pokok tu berhati-hati ya. Nanti pokok dirembat, ada pula yang nangis tepi bucu tembok rumah. -AG #janganputusasamalaysia