HATI siapa tidak sayu melihat anak kecil mampu melunas tanggungjawab memasak dan menjaga adik-adik persis seorang ibu.

Tugas itu digalasnya serta-merta selepas wanita yang dipanggil ibu meninggal dunia.

Itulah situasi dilalui seorang kanak-kanak perempuan yang tabah menguruskan rumah dan melayan adik-adiknya saban hari dengan baik.

Difahamkan, ibu kepada empat beradik itu baru sahaja meninggal dunia dipercayai komplikasi keguguran.

Baca juga VIDEO] Budak Lelaki Terduduk, Dapat Berita Ibu Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Suasana memilukan itu dirakam oleh aktivis masyarakat yang juga merupakan pengguna TikTok, Salwa Naidin (@salwanaidin) ketika mengagihkan pek daging korban di rumah kanak-kanak tersebut di Sabah.

Dalam video berkenaan memaparkan kanak-kanak perempuan itu segera membuka pek daging dan memasak untuk dibuat hidangan.

Dia sedikitpun tidak kekok menggunakan peralatan dapur, malah menyuapkan kepada adik-adiknya terlebih dahulu.

Iklan

Menurut Salwa, empat beradik masih memiliki ayah yang bekerja sebagai nelayan. Selepas kematian ibu, ibu saudara turut membantu menjaga mereka.

Walaupun menjalani kehidupan serba sederhana dan kehilangan ibu tercinta, namun kanak-kanak perempuan berkenaan sentiasa menguntumkan senyuman.

Perkongsian video terbabit meraih perhatian warga maya yang terharu melihat kegigihan seorang kakak menjaga adik-adiknya biarpun empunya diri masih kecil.

Baca juga “Mak Muntah Darah Lepas Tu Tidur”- Anak Kecil Sangka Ibu Tidur, Rupanya Meninggal Dunia

@salwanaidinAlhamdulillah. Merasa juga mereka daging qurban. ##qurban ##aidiladha ##fyp ##fypage ##malaysia

♬ original sound – Salwa Naidin

Iklan

Warganet juga mendoakan dan berharap anak-anak kecil itu tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Diharapkan lebih ramai insan yang prihatin saling membantu menghulurkan bantuan golongan memerlukan.

Sumber: @salwanaidin