[VIDEO] Kanak-kanak terperangkap kepala air muncul tiba-tiba, bomba kongsi video menyelamat

A
A
A

PERKELAHAN santai bertukar cemas apabila seorang kanak-kanak nyaris dibawa arus deras kepala air.

Kejadian yang berlaku di Sungai Dipang, Kampar, Perak itu membabitkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang difahamkan datang ke lokasi sungai itu untuk berkelah bersama keluarganya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak berkata kepala air yang datang secara tiba-tiba menyebabkan kanak-kanak itu gagal untuk bergerak ke tebing dan terperangkap di atas batu di tengah sungai berkenaan.

Operasi menyelamatkan mangsa dijalankan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar.

Menerusi paparan video dan foto yang dikongsikan di laman rasmi Facebook Bomba Perak, kanak-kanak tersebut dilihat terperangkap di atas batu di tengah sungai yang dikelilingi arus deras kepala air.

 

Pihak bomba turut berkongsi video yang memaparkan detik cemas mendebarkan anggota Bomba menyeberangi arus deras untuk menyelamatkan mangsa menggunakan tali.

Kepala air amat berbahaya dan boleh meragut nyawa. Arusnya yang deras akan merempuh apa sahaja yang ada di hadapan serta membawa bersama kelodak, batu dan kayu.

Baca juga: Hati-Hati Mandi Air Terjun, Video Tular Kepala Air Ragut Nyawa Dua Kanak-Kanak, Seorang Hilang 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook Bomba Perak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca