[VIDEO] Hati-hatilah wahai wanita... mudahnya kerja si peragut rantai leher!

Untitled design - 2020-08-07T125234.244
Untitled design - 2020-08-07T125234.244
A
A
A

TULAR video kejadian ragut yang dikongsikan sejak semalam sehingga ke hari ini.

Rakaman dashcam kes ragut, samun rantai emas itu dikatakan berlaku tengah hari semalam berhadapan Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

"Minta sesiapa mempunyai sebarang maklumat sila hubungi balai polis berhampiran," kongsi page Info Roadblock JPJ/POLIS.

Rakaman tidak sampai seminit yang dikongsikan menunjukkan seorang wanita yang hendak melintas jalan.

Begitupun ketika berada di tengah garisan jalan raya itu, seorang lelaki yang menunggang motosikal memperlahankan kenderaannya sebelum merentap rantai leher yang dipakai oleh mangsa.

Mujurlah wanita itu tidak dicederakan atau kemalangan akibat kejadian seperti 'tergolek' atau ditendang seperti kelaziman dilakukan oleh peragut.

Seperti tidak berlaku apa-apa, kejadian nampak berlaku dalam keadaan 'tenang' sahaja. Sepantas kilat!

Mesti ramai orang di sekeliling tak perasan insiden yang terjadi.

Bagaimanapun, wanita terbabit hanya dilihat terpinga-pinga dek kejadian itu selepas peragut memecut melarikan diri sebaik meragut rantai lehernya.

Lihatlah betapa mudahnya peragut ini buat kerja. Berhati-hatilah terutama buat wanita yang memakai rantai emas ya...

Kalau rantai 'celup' sekali pun sebaiknya usahlah ditayang rantai itu di tempat-tempat awam yang terdedah dengan manusia durjana sebegini.

Tak 'memasal' pula boleh mengundang risiko pada diri.

Doa SinarPlus moga peragut terbabit terbabit berjaya ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal atas perbuatannya, manakala mangsa kembali mendapat haknya.

Tengok cara si peragut 'bekerja', nampak dah 'pro' tu... barangkali dah lama buat kerja-kerja ni... haishh! -AG

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca