[VIDEO] Menggerunkan, seperti di luar negara, 5 fakta kejadian puting beliung membadai Ipoh

A
A
A

SEPERTI babak filem Hollywood Twister, puting beliung menggerunkan membadai Ipoh menjadi tular di laman sosial.

Kejadian yang berlaku sekitar 6.00 petang itu melibatkan beberapa kawasan di sana termasuk Taman Bertuah, Taman Tasek Damai, Taman Lim dan Kampung Tawas.

Video kejadian yang berlaku pada petang Sabtu itu bertebaran di pelbagai platform media sosial menimbulkan pelbagai respons warga maya. Rata-rata terkejut, malah ada yang beranggapan video dipaparkan adalah kejadian di luar negara.

- “Allahuakbar, menakutkan!”

- “Penduduk di kawasan itu berkata angin sangat kuat, dengan ramai yang menyifatkan kejadian itu sebagai "dipukul puting beliung".

- “Tragedi malapetaka yang berlaku di Malaysia baru-baru ini. Daripada banjir yang membawa maut kepada puting beliung dan taufan hari ini di Ipoh, sesuatu yang tidak pernah didengari sebelum ini.”

- “Mula-mula tengok ingatkan video luar negara, rupanya di Ipoh. Moga semua selamat.”

- “Ribut sudah macam puting beliung di luar negara. Selalu luar negara sahaja berlaku begini.. Kalau memang sudah mula ada di Malaysia nampaknya kota kena siap sedia pada akan datang mungkin akan berlaku lagi. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kita semua Insha-ALLAH Aamiin.”

Selain itu, komen beberapa penduduk dan individu sekitar Ipoh benar-benar menggerunkan. Masing-masing tidak menyangka kejadian seumpama itu akan berlaku.

“Datang kenduri hari jadi rumah makcik. Ini dalam rumah makcik saya tengah makan-makan dengan anak-anak tiba-tiba lampu jatuh. Ahamdulillah nasib baik dapat mengelak terus bawa anak tempat yang selamat.”

“Saya sempat ambil gambar permulaan puting beliung dan sekelip mata dia hilang dan terus hujan renyai di kawasan saya tadi.”

“Betul-betul lalu belakang rumah emak saya tadi. ALLAH lindungi kami tadi. Kecut betul perut.”

Baca juga: 8 Negeri Diramal Hujan, Ribut Petir Petang Ke Malam, Dijangka Hingga 3 Februari

5 info mengenai kejadian ribut dan puting beliung di Ipoh

1-Ratusan kediaman dilaporkan rosak akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa lokasi termasuk Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas.

2-Tidak hanya kemusnahan harta benda disebabkan angin, ia juga kejadian turut menyebabkan beberapa pokok tumbang merentangi jalan dan menimpa rumah penduduk.

3-Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada pukul 6.40 petang.

4-Menurut seorang saksi kejadian, Mita Devi, 36, dia melihat sendiri kejadian puting beliung yang berlaku selama 20 minit dan menerbangkan atap rumah.

5-Menurut peniaga, Yong Chee Fong, 35, selama 20 tahun berniaga di sana, ini adalah kali pertama terjadi ribut kuat. Dia bersyukur 10 pelanggan dan pekerja yang berada di kedainya selamat.

Difahamkan setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan sedang dijalankan agensi berkaitan.

Baca juga: Baitulmaqdis dilanda ribut salji, dilitupi hablur ais setebal 25cm

Apa yang lebih menyedihkan kejadian tragis itu terjadi dua hari sebelum berlangsungnya perayaan Tahun Baru Cina. Semoga dipermudahkan urusan semua mangsa yang terlibat.

Baca juga: Nampak kilat, dengar guruh cepatlah cari tempat berlindung, 5 fakta penting elak dipanah petir

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Bernama, Berita RTM, Facebook Nur Zakwan, Facebook Al Fahri,?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1487778273895804930%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F01%2F30%2Fvideo-gempar-kejadian-ribut-dan-puting-beliung-badai-beberapa-kawasan-di-ipoh-petang-tadi%2F">Twitter Abang Mut,

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca