[VIDEO] Padah tanggal gelang pink kuarantin di media sosial, wanita dikompaun RM5,000

A
A
A

MEREKA yang ‘bergelang pink’ akan diwajibkan kepada mereka yang diminta menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Ia termasuk kepada individu yang mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Kes Yang Disyaki (PUI), selain individu tidak bergejala, namun mempunyai sejarah berkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti Covid-19 iaitu Pesakit Dalam Pemantauan (PUS).

Video seorang wanita menanggalkan gelang pink tular di media sosial. Melalui paparan video berkenaan, wanita berkenaan dipercayai memotong gelang berkenaan bertujuan untuk keluar dari rumah

“Bila masa gelang pink, ni gelang emas, mak aku beli,” kata wanita berkenaan sambil menunjukkan gelang pink miliknya sebelum menyimpan ke dalam beg," kata wanita berkenaan dalam video tersebut.

Rakaman berdurasi 34 saat itu mendapat kecaman daripada warga maya yang rata-rata mengatakan perbuatan wanita tersebut tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan pertambahan kes baharu.

- “Patutlah kes makin naik dekat utara.”

- “Saya kuarantin tak pakai gelang pun. Saya tak keluar rumah ikut MySejahtera punya time. Tanggungjawab la sikit.”

- “Dari dulu lagi dah agak dah mesti ada sesetengah yang macam ni dan mesti salah satu punca kenapa kes makin naik.”

Pihak polis dilaporkan berjaya mengesan wanita yang dipercayai menanggalkan gelang kuarantin dalam satu video tular di media sosial pada baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan media Polis Diraja Malaysia Daerah Taiping, pihaknya telah berjaya mengesan dan telah mengeluarkan kompaun terhadap wanita itu pada 2 Ogos 2021.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku di Kamunting, Taiping Perak.

“Pihak polis telah berjaya mengesan wanita tersebut dan tindakan kompaun telah diambil kerana wanita tersebut telah melakukan kesalahan mengikut Peraturan 16 (P.U.A(A) 293/2021) dan hukuman mengikut Peraturan 17 (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit).

“(Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (P.U.(A) 293/2021) kerana ingkar arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM) kerana gagal menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di alamat yang didaftarkan dalam dokumen (ANNEX14C) dan kesalahan menanggalkan gelang pengawasan dan pemerharian yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tanpa kebenaran bertulis pegawai diberi kuasa dalam bahasa yang mudah difahami dan diakui faham,” katanya.

Baca juga Lelaki Gelang Pink Beli Belah Di Pasar Raya, Cetus Panik Pengunjung

Foto: KKM

Baca juga Sedang Kuarantin Di Rumah Kerana Positif Atau Jadi Kontak Rapat? Ini Tip Pemakanan Khusus Yang Dicadangkan

Sehubungan itu, pihak polis menasihati masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi wabak Covid-19.

Individu yang ingkar atau sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, gelang kuarantin hanya berhak dipotong atau ditanggalkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat.

Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporan kepada pihak polis perlu dilakukan bagi melindungi masyarakat kita daripada risiko penularan Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca