GARA-GARA mabuk, seorang pelajar kolej berusia 18 tahun mengalami kemalangan setelah gagal mengawal kenderaan yang dipandu dan melanggar lampu isyarat merah berhampiran Bukit Bintang menuju ke Kampung Pandan.

Dalam kejadlan yang berlaku pada pukul 11.30 malam pada 6 Disember lalu, pada mulanya pelajar itu cuba melarlkan diri setelah dilihat merempuh kenderaan lain.

Namun akhirnya berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berada di situ. Kejadian itu juga berjaya dirakam orang ramai yang video rakaman tersebut kini tular di media sosial.

Menerusi rakaman yang sempat dirakam, suspek dilihat dipukul oleh orang ramai sementara ada yang menjerit menuduhnya cuba untuk melarikan diri.

Memetik laporan portal media tempatan, Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, ketika kejadlan, suspek membawa dua rakannya, berusia 18 dan 19 tahun, di dalam kereta.

“Kereta itu sespek melalui lampu merah dan merempuh kereta lain semasa kejadlan, tetapi ia tidak menyebabkan kemalangan jiwa,” katanya.

Polis tiba di tempat kejadlan setelah menerima laporan dan melakukan ujian alkohol ke atas pelajar tersebut. Hasil ujian ternyata pelajar tersebut mendapat bacaan ujian alkohol melebihi had yang ditetapkan.

Iklan

Dia kemudiannya ditanggap dan dibawa ke balai untuk sisasat.

Pelajar itu bakal didakwa di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tetapi kerana dia berada di bawah usla undang-undang yang berkaltan, dia dibebaskan dengan jamlnan RM4,000.

Iklan

Namun demikian, polis juga akan melakukan penylasatan di bawah Artlkel 79 (2) undang-undang yang sama terhadap pelajar tersebut.