[VIDEO] "Pemilik Proton Wira, anda telah buang sampah di luar tong, sila ambil semula" - MBSP tegur lelaki menerusi CCTV

A
A
A

KITA kini menjalani kehidupan modenisasi dalam tahun 2021. Seharusnya minda dan tingkah laku sudah seiring dengan perkembangan kemajuan dan teknologi.

Bagaimanapun, malangnya masih ada segelintir masyarakat yang sukar untuk menilai antara perkara baik dan buruk. Salah satunya kekal wujud kelompok tiada kesedaran sivik bertindak silu membuang sampah merata-rata.

Lebih menyedihkan tanpa segan-silu membuang sampah di luar tong sampah. Walhal, pihak berkuasa sudah menyediakan tempat khas bagi mengelakkan kawasan sekitar kotor dan berbau busuk.

Sampai bila tabiat buruk ini akan berlaku? tanpa memikirkan implikasi pada alam sekitar dan masyarakat sekeliling.

Baru-baru ini tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki tidak bertanggungjawab dengan

sengaja meletakkan bungkusan sampah di luar tong sampah yang disediakan.

Jika diperhatikan tong sampah di lokasi terbabit tidak penuh pun sehingga memerlukan individu itu bertindak sedemikian.

[VIDEO]

Namun begitu, tindakan lelaki tersebut mendapat teguran serta-merta oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang memantau gerak-geri menerusi CCTV yang dipasang di kawasan tersebut.

"Salam sejahtera. Ini unit kawalan CCTV MBSP. Perhatian kepada pemilik kenderaan Proton Wira, nombor pendaftaran xxx berwarna maroon (merah hati).

"Anda telah membuang sampah di luar tong sampah MBSP. Anda diminta mengambil kembali sampah tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.

"Sekiranya anda tidak mengambil sampah tersebut tindakan penguatkuasaan akan diambil melalui CCTV. Sekian terima kasih," tegur pegawai MBSP yang bertugas di unit CCTV.

Sebaik sahaja mendengar suara pegawai itu individu berkenaaan segera mengambil sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah.

Langkah dilakukan oleh pihak MBSP mendapat pujian warga maya yang menyifatkan mendidik dan menasihati terlebih dahulu bukannya terus menghukum.

Baca juga [VIDEO] Nurse suruh pindah katil, pesakit warga asing, angkut tilam sekali

Kata mereka:

"Seriuslah ada CCTV macam ni, terbaik lah!."

"Tahniah MBSP anda mendidik bukan menghukum."

" Uihhh bagusnya macam ni. Mau letak kat rumah flat sini banyak juga sampah luar tong."

"Yang aku tak faham tong sampah dah ada tapi kenapa dia letak kat situ juga."

"Dah kenapa buang kat luar tong sampah. Tak faham la. Bukan tong tu penuh!"

Justeru, korang ubahlah sikap. Jangan berterusan membuang sampah di luar tong sampah kerana ia akan menyebabkan kawasan sekitar kotor, berbau dan mengundang penyakit.

@azrimsAnda sentiasa diperhatikan . Buang sampah kedalam tong sampah ?? ##fyp

♬ bunyi asal - Azri Md Saad - AzriSaad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca