MENJAGA kebersihan bukan semata-mata terletak kepada satu pihak sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama.

Sampah sarap wujud kerana manusia yang membuangnya. Jika manusia memainkan peranan masing-masing untuk tidak membuangnya merata tempat, pasti tak ada sampah akan dihanyutkan ke sungai atau lautan.

Menyedari kesedaran itu, seorang juruteknik membatalkan hasrat untuk mendaki di kawasan Air Terjun Janda Mandi di Bukit Kijal, Terengganu baru-baru ini setelah melihat banyak sampah sarap yang dibuang di kawasan tersebut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Muhamad Hafizi Tajudin memberitahu, dia dan rakannya, Nuralia Faziera Mohamad, 27, memutuskan untuk mengutip dan membawa turun longgokan sampah yang ditinggalkan di sepanjang laluan pendakian ke tempat pembuangan sampah.

Katanya, pada mula dia mengutip sebotol minuman yang dibuang sebelum terjumpa longgokan sampah sarap di dalam sebuah plastik hitam.

Ujarnya pemuda berusia 27 tahun itu, dia terus batalkan niat untuk mendaki sebaliknya berusaha membawa turun sampah yang ditinggalkan dan dimasukkan ke dalam tong sampah utama di pintu masuk kawasan berkenaan.

Ceritanya lanjut, dia mengambil masa sehingga 40 minit untuk membawa turun sampah berkenaan kerana perlu melalui laluan berbukit dan curam sejauh 1 kilometer (km).

Walaupun agak penat kerana terpaksa memikul bebanan seberat 10 kilogram (kg), pemuda mesra disapa Pok Jie itu berasa puas kerana dapat membersihkan kawasan itu. Antara sampah yang ditemui termasuklah botol-botol minuman, bungkusan makanan dan pelitup muka.

[VIDEO] Pemuda batal niat hiking, pikul sampah 10kg bersihkan laluan pendakian

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya, kelihatan dia mengutip dan memikul sampah berkenaan menuruni kawasan bukit tersebut.

Iklan

"Makan tak geli tapi bawak sampah sendiri geli? Sampah kita tolonglah bawa keluar dan jangan tinggal.

"Jika pergi hiking atau ke mana-mana, keindahan semula jadinya mestilah kena jaga. Jika macam ni lah keadaannya macam mana nak indah lagi?

"Sampah sarap ini jika tidak terus dibuang lama kelamaan semakin bertambah dan akan mencemarkan alam sekitar," ujarnya.

Sementara itu, video berkenaan turut dikongsi Facebook Discovery Terengganu dan sehingga kini telah mendapat 1.8 juta tontonan, hampir 82,000 tanda suka serta lebih 8,000 perkongsian.

Harapannya hanya satu, moga apa yang dikongsikan itu dapat menyuntik kesedaran sivik dan semua orang dapat sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar.

Justeru bagi korang yang beraktiviti riadah tidak kira di mana tempatnya, pastikan;

Iklan

1. Menjaga kebersihan persekitaran

  • Pastikan tempat bersih dan ceria.
  • Buang sampah di tempat yang disediakan.
  • Ingatkan orang ramai membuang sampah di tempat disediakan.
  • Gotong royong membersihkannya.

2. Memelihara dan memulihara

  • Sedari keindahan tanggungjawab bersama.
  • Pulihara daripada kerosakan.
  • Pulihara kemudahan yang rosak.
  • Pulihara pokok dan tumbuhan agar segar.
  • Indahkan kawasan dengan pokok bunga.
  • Gotong-royong mencantikkan.
  • Hapuskan gejala vandalisme.

Baca juga Dilahirkan tanpa lengan bukan penghalang, pemuda ini buktikan kekurangan jadi kelebihan untuk berjaya

3. Penggunaan yang betul

  • Guna dan jaga kemudahan dengan tanggungjawab.
  • Guna kemudahan dengan baik dan cermat.
  • Laporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kerosakan.
  • Gotong-royong baik pulih kemudahan rosak.

4. Tidak mengganggu orang lain

  • Hayati konsep kemudahan untuk kegunaan bersama.
  • Pelihara keharmonian dan hak orang lain.
  • Jadikannya tempat menjalin silaturahim.
  • Pelihara perasaan dan ketenteraman orang lain.
  • Tidak melakukan perkara tidak sopan.

Jagalah alam sekitar!

@hafizitajudinAlam yang Allah dah cipta tu memang indah. Tapi boleh jadi rosak akibat tangan manusia sendiri. Jadi manusia yang bertanggungjawab! ##PokJie ##hiking

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano - ISAo