[VIDEO] Remaja buat tarian TikTok guna lagu iklan, tak sangka dapat tajaan beras

[VIDEO] Remaja buat tarian TikTok guna lagu iklan, tak sangka dapat tajaan beras
[VIDEO] Remaja buat tarian TikTok guna lagu iklan, tak sangka dapat tajaan beras
A
A
A

KREATIF betul! Tak sangka lagu iklan pun boleh buat konten video tarian di TikTok. Itulah yang dilakukan oleh seorang remaja apabila dia dilihat membuat tarian TikTok menggunakan lagu iklan beras Cap Rambutan.

Ya! Lagu yang korus dia “beras cap cap cap…. cap rambutan!” Korang juga mesti ingat lagu iklan ‘legend’ itu bukan?

Sunggah tak disangka daripada lagu iklan sebegitu lelaki itu boleh menghasilkan tarian dan berjaya mencuri tumpuan warganet.

Satu ketika dulu, lagu tersebut cukup popupar dan sering kedengaran di corong-corong radio malahan iklan di televisyen.

Hasil kreativiti lelaki tersebut, dia berjaya menggabungkan tarian TikTok dan lagu ‘Beras Cap Rambutan’ untuk dijadikan muzik lata belakang.

Hasilnya cukup menghiburkan apabila tarian dan lagu tema iklan beras tersebut seolah kena dengan gerak tari yang digayakan menyebabkan penonton yang menonton juga terhibur.

Tidak terhenti di situ, setelah video yang dimuat naik tular, remaja tersebut juga turut berkongsikan satu posting video yang memaparkan screenshot daripada wakil syarikat jenama beras tersebut.

Nampaknya video remaja ini tular sehingga mendapat perhatian dari jenama itu sendiri!

Syarikat beras tersebut turut memuji usaha remaja itu yang disifatkan cukup kreatif. Syarikat beras tersebut turut meminta alamat remaja tersebut untuk memberi sedikit saguhati yang dipercayai merupakan bungkusan beras.

Wah! Untunglah siap dapat tajaan beras! Ternyata satu usaha yang tidak sia-sia.

Terbaharu, pemilik akaun TikTok @ujangbingbong itu kini dilihat menghasilkan tarian TikTok dengan lagu latarbelakang iklan Adabi pula. Adakah Adabi akan membuat tindakat serupa seperti syarikat beras? Sama-sama kita nantikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca