[VIDEO] Riuh satu rumah gara-gara hilang remote TV, sampai terpaksa mesej ustazah di sekolah

A
A
A

BERGADUH kerana berebut alat kawalan jauh (remote control) televisyen memang menjadi adat bagi adik beradik yang mahu menonton rancangan kegemaran masing-masing.

Bukan sahaja budak kecil, orang dewasa pun khususnya ibu dan ayah terpaksa mengalah jika kuasa menentukan cerita di tangan anak.

Sememangnya, insiden kehilangan remote control memang boleh mengganggu emosi khususnya si ibu yang mahu menonton rancangan kegemaran.

remote control hilang

Kejadian yang dikongsikan seorang wanita di Tiktok ternyata menggeletek hati warganet dengan sikap si kecil yang cukup naif.

Melalui video yang dikongsikan, pemilik akaun @cipinascantik itu menceritakan kronologi kehilangan remote control yang disimpan di tempat yang tidak disangka-sangka.

@cipinascantikPerangai Husna, dia suka nyorokkan benda lepas tu dia lupa mana dia letak. Padahal dia dari tadi carik sesama dengan mak. ##foryou##fyp##Sssmac

♬ original sound - Šeng Ñu pan

Gara-gara tidak berjaya menemui remote control yang dikatakan 'disimpan' anak bongsunya yang bernama Husna, wanita tersebut terpaksa bertanyakan anak sulung, Hakimi yang ketika itu berada di sekolah.

Nak tak nak, beliau terpaksa menebalkan muka bertanyakan kepada ustazah kelas anaknya.

Pun demikian, wanita itu terpaksa reda apabila mengetahui lokasi sebenar remote control itu disimpan.

remote control hilang

"Perangai Husna, dia suka sorokkan benda, selepas itu dia lupa mana dia letak. Padahal dia dari tadi cari sesama dengan mak," katanya.

Aduhai, rata-rata komentar warganet yang mengikuti perkongsian video tersebut memang kelakar.

Siapa sangka, video kehilangan remote control itu menerima lebih 74,000 tontonan itu.

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama.

remote control hilangSejuk perut ibu mengandung.

remote control hilangPerangai anak nombor dua ini memang samalah.

remote control hilangMemang melucukan lebih-lebih lagi si kecil Husna pun sibuk mencari remote control tersebut yang dia sendiri lupa dimana dia simpan.

Mungkin insiden seperti ini sering terjadi kepada para ibu-ibu di luar sana.

SinarPlus juga percaya, bukan setakat remote control, benda lain seperti sikat, kunci rumah mahupun pengetip kuku mesti 'hilang'.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca