KEJADIAN pembunuhan ngeri yang berlaku di Terengganu empat hari lalu ternyata masih menjadi bualan panas seluruh negara.

Mana tidaknya, tragedi yang tragis itu sangat meninggalkan kesan di hati semua orang.

Tidak terkecuali juga dengan lelaki dikenali Muhammad Haiqal Adnan yang difahamkan juga bakal tunang arwah Siti Surya Ismail berusia 19 tahun yang terbunuh di hadapan ibu sendiri Ahad lalu.

Katanya melalui perkongsian video di Instagram @ekalthe6, dia amat terkedu mendapat tahu akan berita tersebut sekitar jam 4 petang pada hari kejadian.

Video tribute kepada arwah itu telah mendapat lebih 2 juta tontonan setakat ini dengan menulis pesanan ringkas namun sangat terkesan buat warganet.

Artikel berkaitan: Ini kronologi pembunuhan kejam remaja ditetak, dikelar dan putus tangan

Tulisnya;

“Semoga syurga tempat awok.

Iklan

“Terima kasih untuk segalanya, awak rehat dengan tenang ye… Sampai mase giliran saya pulop. Awok baik, ramai sayang awok, ramai mari tgok awok… semoge saing awak dapat balasan sepadan dengan die buat ni.”

Menjengah ke ruangan komen yang lebih 14,000 itu, rata-rata warganet mohon dia kuat dan tabah serta turut mendoakan Allahyarhamah Siti Surya dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah dan diletakkan dalam kalangan orang beriman.

Sementara itu, warganet turut terharu dengan nasib Muhammad Haiqal yang telah melalui dua ujian besar dalam tahun ini iaitu kematian ayah kandungnya pada April lalu dan kini berhadapan dengan pemergian kekasih pula.

Iklan

Al-fatihah (dibaca) untuk Allahyarhamah Siti Surya. SinarPlus doakan semua perkara dipermudahkan Allah.