[VIDEO] Sofyank guna pam angin untuk dapatkan laptop bangsawan!

[VIDEO] Sofyank guna pam angin untuk dapatkan laptop bangsawan!
[VIDEO] Sofyank guna pam angin untuk dapatkan laptop bangsawan!
A
A
A

NAMA Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah kini cukup popular sebagai individu kreatif yang menghasilkan video hebat dengan teknik kesan khas yang sangat luar biasa.

Manakan tidak, hampir kesemua video yang dihasilkan olehnya berjaya memukau sesiapa sahaja yang melihat sehinggakan sebelum ini video Sofyank pernah mendapat perhatian Personaliti YouTube dan pencipta digital content terkenal dunia, Zach King dan Will Smith.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video berdurasi 37 saat yang dimuat naik oleh Sofyank sendiri menerusi laman Twitter miliknya iaitu @sofyank96.

Menerusi perkongsian itu, Sofyank telah menunjukkan sebuah laptop berjenama ASUS yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Laptop yang digunakan Sofyank untuk menghasilkan video hebat dengan teknik kesan khas kali ini ialah ASUS ROG Zephyrus Duo 15, iaitu komputer riba ASUS ZenBook Pro Duo yang diberikan sentuhan gaming oleh pasukan ASUS Republic of Gaming.

Untuk info,laptop tersebut mencecah harga puluhan ribu ringgit yang kini dianggap bangsawan oleh ‘kaki game’ telah berada dalam pasaran tempatan. Wow!

Laptop pun dah gempak pastinya video yang Sofian hasilkan juga tak kurang hebatnya. Seperti kebiasaan, penonton pastinya ternanti-nanti apakah kesan khas yang akan ditunjukkan oleh Sofyank dalam video tersebut.

Sofian hanya menggunakan pam angin untuk mengepam sehelai kertas yang kelihatan image SUS ROG Zephyrus Duo 15 dan kemudiannya kertas tersebut bertukar menjadi laptop yang nyata.

Lebih menarik apabila video yang dibuat itu ternyata kelihatan sangat realistik dan kreatif sehingga sosej yang berada di dalam komputer riba berkenaan keluar ke dunia nyata dan boleh dimakan!

Terbukti, video yang dilakukan ini memerlukan kepakaran dan teknik suntingan yang hebat. Rata-rata warganet berasa terpukau melihat video berkenaan di samping memuji kehebatan pemuda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu.

Syabas Sofyank!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca