SEBAGAI wanita baik yang sudah berkahwin mahupun bujang sering menjadi ‘mangsa’ diganggu golongan lelaki.

Boleh dikatakan ada sahaja mata-mata nakal yang sentiasa memerhati mengusik sama ada atas tiket bergurau ataupun berniat tidak baik.

Kadangkala berjalan di tempat awam pun terdapat segelintir lelaki berani bersiul ke arah wanita tanpa segan-silu.

Inilah situasi dialami seorang wanita apabila diganggu lelaki warga emas.

Menerusi sebuah video tular, wanita tersebut berkongsi cerita pengalaman diganggu lelaki ketika sedang berjalan kaki membuang sampah di hujung taman.

Menurutnya, beliau perlu berjalan selang dua buah rumah ke tapak pembuangan sampah memandangkan suaminya pulang lewat pada hari berkenaan.

Ketika sedang berjalan sebuah kereta dipercayai dipandu lelaki terbabit datang menghampiri dengan perlahan dan membuka tingkap sebelum menawarkan untuk menumpangkan.

"Beratus kes, saya jadi loya. Adakala saya menangis sendirian" - Dr dedah gangguan seksual kanak-kanak

Apa yang menghiburkan, rata-rata warga maya tidak menduga cara digunakan wanita tersebut melindungi diri daripada lelaki berkenaan.

“Pak cik nampak saya?,” katanya sambil memberikan senyuman dan jelingan menyeramkan.

Kata wanita dikenali sebagai Faa reaksi wajah lelaki itu tampak pucat dan segera memecut laju kenderaannya.

Iklan

Menurutnya, situasi terbabit ‘menjadi’ memandangkan pada waktu tersebut hampir Maghrib.

Perkongsiannya dengan kapsyen “Sorry pak cik siapa suruh gataiii sangat… #takutsaya #akutakbiasa #botaklicin” itu telah mendapat lebih 950,000 jumlah tontonan dan hampir 150,000 tanda suka.

Ternyata kisah yang dikongsikan membuat ramai terhibur.

Iklan

“Hantu pergi buang sampah. Haha you made my day!”

“Nasib pak cik tak kena heart attack, jadi kes lain pulak”

“Maunya tak menggelibas pak cik tu pecut”

Baca juga Pilu bayi 38 minggu korban termuda Covid-19, ibu masih bertarung nyawa di ICU

“Hahaha aku nak guna ayat ni tapi aku jenis tak tahan nak gelak!”

“Terima kasih bagi tip ni sebab zaman sekarang ni banyak lelaki yang menakutkan”

Apa pun, memang terbahaklah gelak. Mungkin golongan wanita boleh mempraktikkan tip tersebut.

@tunefa_Sorry pakcik siapa suruh gataiii sangat 😩 ##takutsaya ##akutakbiasa ##botaklicin

♬ original sound – Faa