[VIDEO] Suami dalam penjara, wanita minta Ustaz Ebit azan dan iqamahkan anak

A
A
A

TIDAK pernah kenal erti penat! Begitulah gambaran yang dapat diberikan kepada pendakwah dan dermawan terkenal, tidak asing lagi iaitu Ustaz Ebit Lew.

Terbaharu, melalui perkongsian di Instagram, beliau membantu seorang wanita di Ipoh yang dikatakan hidup dalam kesusahan setelah suaminya ditahan oleh pihak polis.

"Ibunya baru bersalin dan baby berusia sembilan hari, tiada stokin, tiada baju sempurna, tiada kain bedung, dan rumah serba kekurangan.

"Sayu hati melihat rumah yang didiami oleh wanita tersebut bersama tiga orang anaknya sudah dua bulan tidak berbayar.

Suami dalam penjara, wanita minta Ustaz Ebit azan dan iqamahkan anak

"Rumah pula cuma ada satu kipas kecil je yang mana bilahnya pun sudah patah. Sementara itu, si suami kini sedang berada di dalam penjara selepas ditahan pihak polis dari bulan 10 lalu. Dengan segala dugaan ini, wanita ini dikatakan sangat tertekan dan sering menangis," tulis beliau.

Atas dasar keprihatinan, Ustaz Ebit turut menghulurkan sumbangan berupa keperluan bayi dan juga buat anak-anak lain yang masih kecil.

Dalam pada itu, sempat juga Ustaz Ebit azankan dan iqamah bayi yang masih kecil itu atas permintaan ibunya.

"Saya hadiahkan semua keperluan baby dan anak lain semua masih kecil. Menangis jer kakak ni. Minta saya azankan dan iqamah anak ini. Comel sangat anak ini. Kecil tapak tangan. Senyum-senyum je tadi. Saya hadiahkan mesin basuh, kipas dan semua keperluan lain. Beri sedikit duit belanja.

Baca juga: Sebaknya, wanita ini sambut hari jadi anak dengan kenduri tahlil, semua menu adalah makanan kegemaran arwah

"Saya akan bayar sewa rumah bulan-bulan. Suka anak-anak ini bila hadiahkan mainan. Berat ujian ibu dan anak-anak ini. Tak tahan tengok mereka.

"Syukur dan terima kasih kepada NGO tempatan dan masyarakat setempat yang banyak membantu. Terima kasih JKM. Terima kasih Zakat. Terima kasih semua yang turut bersama membantu dan lebih cepat membantu," ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet amat berterima kasih kepada Ustaz Ebit dan mendoakan kesejahteraan beliau.

[VIDEO] Suami dalam penjara, wanita minta Ustaz Ebit azan dan iqamahkan anak

Ramai yang turut sayu melihat keadaan keluarga tersebut.

Semoga Ustaz Ebit dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki bagi membantu lebih ramai golongan yang susah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca