[VIDEO] Hanya bermodalkan selipar, video kos murah ini raih 55 juta tontonan

A
A
A

TIKTOK adalah platform media sosial baru yang disukai orang ramai. Banyak maklumat, video yang unik dan menarik yang dikongsi oleh pengguna-penggunanya dalam platform itu.

Baru-baru ini video yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok @newuk001 yang menjadi viral kerana menunjukkan proses pembuatan video estetiknya. Ringkas tetapi sentuhannya sangat hebat!

Proses membuat video estetik itu berjaya mencuri perhatian kerana ia hanya mempunyai sebelah selipar sebagai tempat letak telefon. Ia terapung di atas air dan bergerak mengikut arus air.

https://www.tiktok.com/@newuk001/video/6966184608635424006?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6968326375070336514

Dengan itu, kamera telefon pintar milik lelaki itu berjaya merakam video dengan pemandangan langit dan daun keladi pada pinggir sungai berkenaan.

Video pembikinan ini telah mendapat kira-kira 53 juta tontonan dari warga Tiktok, dengan 6.7 juta tanda suka dan 42.4 ribu komen.

Kebanyakan netizen tertumpu kepada telefon pintar yang digunakan lelaki itu ketika membuat video . Seperti yang dilihat dalam video, telefon bimbit yang diletakkan pada bahagian tapak selipar itu adalah iPhone 11 Pro.

Video hasil suntingan lelaki ini cukup mendamaikan dengan tema alam semula jadi dan bunyi-bunyian daripada unggas hutan.

Tidak hanya satu video, lelaki ini turut menghasilkan banyak lagi video hebat dengan babak ‘behind the scene’ dengan jumlah tontonan yang tinggi. Ada yang mencecah hingga 26.9 juta.

Baca juga [VIDEO] Bukan Saja Pandai Deko, Pemuda Ini Tarik Perhatian Netizen Dengan Skil Memasak

https://www.tiktok.com/@newuk001/video/6966560509969648901?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6968326375070336514

Daripada penelitian SinarPlus, kebanyakan video yang dihasilkan oleh @newuk001 menggunakan elemen air sungai sebagai medium utama karyanya.

https://www.tiktok.com/@newuk001/video/6966185763608349958?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6968326375070336514

https://www.tiktok.com/@newuk001/video/6967297546410593542?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6968326375070336514

Warganet memuji kreativiti lelaki ini. Rata-rata bimbang telefon pintar milik lelaki itu jatuh, tenggelam dan hilang dalam air.

“You have a lot of trust in that flip flop.” tulis akaun TikTok @Graciee

"Apabila telefon bimbit jatuh, secara automatik menyesal," tulis akaun TikTok @atom_cruess.

"Sedikit gumpalan dengan katak, estetikanya berbeza," tulis akaun TikTok @ulf_tri_.

"Takut telefon bimbit itu tenggelam," tulis akaun TikTok @yournisss.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang