[VIDEO]Anak bercakap dengan mak guna ejaan jawi jadi tumpuan warganet
BIASANYA kita hanya jumpa orang menulis dan membaca jawi sahaja kan?
Namun apa yang dikongsikan oleh @myhellomedia kelihatan sedikit berbeza apabila selebriti Tik Tok itu bersembang dengan ibunya menggunakan ejaan jawi.
Menariknya, video tersebut turut mendapat ulang kicau oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan memuji perbualan ibu dan anak itu.
Kata beliau, hebat, susah nak faham. Kena dengar dua hingga tiga kali baru faham.
Warganet turut menghujani pelbagai reaksi di ruangan komen, antaranya:
Laju mak dan anak ini mengeja jawi. Sampai kita rasa ia jadi satu bahasa pula.
Artikel berkaitan: Pedang pancung kepala pesalah yang masih berdarah jadi koleksi anak muda Kelantan
Masa aku kecik dulu, benda-benda sulit tak nak bagi orang tahu, aku dengan umi akan mengeja jawi dengan saudara mara aku.Wow, dia cakap bahasa melayu tapi sebut huruf jawi dengan cara mengeja.
Asal aku dengar macam orang Sarawak bercakap?
Awal-awal dengar macam bunyi Siam lepas dua, tiga kali dok perati dengar balik baru aku perasan dia eja satu satu huruf jawi rupanya MEMANG PAUWAHHHH.
Ucu dan family memang dasyat. First time dengar, Ya Allah.. tak dapat tangkap dia cakap ape. Laju amat mujur ade tulis.
Ini bukti level jawi dia lebih baik dari sesetengah orang kita. Tulis jawi pun dh tak tahu, apatah lagi eja spontan mcm dia.
Another level betul dia dengan family pandai cakap jawi.
Menarik, tertarik, terbaik!
Arwah nenek dulu pernah cerita pasal cakap macam ni. Ingatkan orang lain tak tau.. ada yang tau jugak rupanya.
Biasa tengok orang tulis jawi je kan? Ni haa orang cakap jawi weh! First time dengar pic.twitter.com/sZBwQnOD0U
— hellomedia ?? (@myhellomedia) ?ref_src=twsrc%5Etfw">October 3, 2020
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang