BILA sebut sahaja emas, wanita pasti terkesima. Seronoknya alahai macam nak lompat bintang!

Lebih mengujakan lagi apabila emas itu daripada orang yang paling dicintai iaitu suami tersayang.

Tak salahkan sesekali suami belikan untuk isteri. Rasanya mana-mana isteri pun akan terharu. Tak kisahlah jenis atau bentuk asalkan ikhlas daripada suami.

Jika dapat sebagai hadiah ‘kejutan’ lagilah terasa lebih bermakna.

Namun lain pula dengan seorang wanita ini. Dia kelihatan cemburu apabila sang suami belikan emas untuk ‘orang’ lain, tinggal dalam rumah yang sama pula tu!

‘Orang’ lain yang dimaksudkan itu rupanya kucing peliharaan kesayangan mereka. Amboi sayang betul tuan dia kan!

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @nurulsahidaali, kelihatan suaminya sedang memakaikan seutas rantai emas ke leher si comel itu.

Tulis Nurul Sahida, “bukan kaleng-kaleng punya kuching, tuan hang lagi sayang hang dari aku. Esok tuan hang p (pergi) reje (kerja), siap hang!”.

Memang bertuah betullah kucing berkenaan dapat merasa pakai emas.

Patutlah kesayangan, rupanya sangat cantik dan berbulu tebal. Sesiapapun yang lihat mesti geram dengan kecomelannya.

Baca juga Pemeriksaan awal penting untuk rawat kanser, PM kongsi pengalaman selepas pulih

[VIDEO]"Esok tuan hang pergi kerja, siap hang"

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur melihat gelagat si bulu kesayangan itu.

@fadz146 – Kucing pun pakai emas tau. Bukan kaleng-kaleng gramnya tu.

Mustika Arisu – Orang yang sayang kucing je faham, dah macam anak sendiri. Makan pakai apa semua tak berkira.

Si Putih Melati – Esok hang ikut tuan hang keje kalau tak nanti hang kena ligan kalau duduk umah…

Cameng14 – Kucing sultan. Bertuahnya oren.

sueriya – Alolo comelnya dapat rantai emas.

Dalam perkongsian lain, Nurul Sahida lagi bertambah ‘cemburu’ apabila kucing tersebut tak berenggang dengan tuannya setelah mendapat rantai emas tersebut. Kuat bodek katanya.

Iklan

Memang bukan biasa-biasa betul kucing ni kan!

 

@nurulsahidaalibkn kaleng2 punya kucing .. tuan hang lgi syg hang dri aku .. esok tuan hang p reje siap hang 🐅##mysupercutecats!!!😻😺😽😸😹🐱😎😂☺️😊😃😘❤️💕

♬ Way Back Home – Shaun