KASIH sayang ibu tiada tolok bandingnya. Pemergian seorang ibu kehilangan amat besar bagi insan yang bergelar anak.

Pemergian ibu memberikan kesan mendalam kepada sesiapa sahaja. Ia adalah situasi amat memilukan dan menyentap sanubari kerana tiada lagi insan yang menyayangi kita tanpa syarat serta setulus hati.

Perkongsian seorang pemuda di laman sosial TikTok mengundang duka warga maya.

Pengguna TikTok @paksu..yash berkongsi video kepulangannya ke rumah tanpa disambut oleh ibunya meraih perhatian warga maya. Belumpun 24 jam dimuat naik, ia sudah ditonton lebih daripada 1.6 juta kali.

Paparan video menunjukkan sorotan kamera yang dibawa serata kediaman mencari kelibat si ibu namun tidak ditemui.

Katanya, sudah sebulan dia tidak balik ke rumah dan kepulangannya adalah untuk memberikan kejutan kepada ratu hatinya itu.

“Mak menyorok ni. Aku cari lagi tak jumpa pun. Nak main ‘cak-cak’ pula mak ni.

“Aku tak putus asa. Cari lagi di dapur, sampai luar rumah aku perhatikan kalau ada. Tapi tak ada juga.”

“Mana mak ni? Adik rindu ni mak.

@paksu..yash kemudian mendedahkan ibunya telah ‘berpindah’ ke rumah baru iaitu dalam kata lain ke alam barzakh dan memaparkan lokasi pusara ibunya.

“Adik cuma nak cakap kat mak. Adik rindu mak. Rumah kita sunyi suram tanpa mak sekarang ini.

“Semoga cepat kita bertemu lagi ya mak. Kosong hidup ini mak,” tulisnya

Iklan
@paksu..yashWalaupun sakit terubat rindu ku .. ##lovemymom ##balingkedah ##fyp ##alfatihah

♬ original sound – wanaefez

Video berdurasi 59 saat itu mengundang sebak warganet. Kata mereka tidak semena-mena air mata mengalir seolah-olah merasai kedukaan itu.

Warga maya rata-rata meluahkan kerinduan kepada ibu sendiri yang sudah lama tidak ditemui pada situasi pandemik ini.

Ruangan komen juga dihujani ucapan takziah daripada netien dan mendoakan pemuda itu supaya tabah dan kuat menerima kehilangan ibu tersayang.

Iklan

Kehilangan orang tersayang memberikan kesan yang besar kepada emosi. Semoga kita semua kuat dan tabah dalam menempuhi saat sedih dan memilukan ini.

Ikuti kami di Instagram!

Sumber: TikTok @paksu..yash