BILA sebut sahaja majlis perkahwinan, pasti terbayang akan kemeriahan yang dihadiri sanak saudara dan sahabat handai.

Biasa yang kita jumpa majlis tersebut dibuat dengan meriah di rumah, dewan mahupun di hotel.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun lain pula dengan yang tular baru-baru ini apabila majlis bersanding diadakan dalam kompleks membeli belah.

Kelihatan pasangan pengantin dengan selamba duduk bersanding di atas pelamin di tengah-tengah bangunan tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @aleyyaaaa____, kedua-dua mempelai tersebut dilihat cantik berbusana putih bahkan siap mempunyai pengapit yang mengipas mereka berdua.

Video tersebut menjadi perhatian ramai, sehingga kini mendapat hampir 700,000 tontonan dan 68 ribu tanda suka.

Mudah! Sistem pendaftaran perkahwinan kini boleh dibuat secara online

Iklan

Namun rupa-rupanya itu bukanlah majlis persandingan yang betul. Hanya model pengantin yang berada di expo perkahwinan yang dipercayai di Aeon Melaka.

Iklan

“Guys yang tu model je untuk event dekat Aeon Melaka. Btw makcik saya punya model tu,” tulis Yourcrushcrush.

Menjengah ruangan komen, rata-rata terhibur melihat aksi persandingan yang lengkap dipasang alunan kompang.

Ujar mereka;

“Terperanjat aku tadi… baru nak masuk Aeon alih-alih ada pengantin berarak siap ada kompang.”

“Kahwin paling rare setakat ni. Lain macam.”

“Mahal tu sewa, pastu dapat tetamu free.”

Baca juga [VIDEO] Wanita terkejut ‘guard’ ceroboh rumah tengah malam, siap tukar baju, cas telefon

“Nak makan boleh pergi food court or restaurant yang ada.”

“Mantap, bukan satu kampung satu mall terus tahu… malu weh ramai tengok.”

@aleyyaaaa____ Ade yang teringin nak macam nie ??🤣#fyp #abcxyz #foryou ♬ original sound – 𝕷𝖎𝖞𝖆𝖘𝖍𝖎𝖗𝖆𝖆𝖆