[VIDEO]Kasih abang dukung adik tak boleh berjalan bawa jumpa suami buat ramai sebak
AIR dicincang tidak akan putus. Begitulah yang boleh digambarkan dengan hubungan adik-beradik yang sememangnya penuh dengan kasih sayang.
Seperti sebuah video tular yang memaparkan kasih seorang abang kepada adik perempuannya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Apa yang mengharukan ramai apabila pengguna TikTok @83suka memuat naik momen dirinya menyerahkan adiknya kepada suami ketika majlis perkahwinan adik perempuan tersayang.
Dia mendukung adiknya menuju kepada pengantin lelaki memandangkan wanita itu tidak mampu berjalan dan menggunakan kerusi roda.
@83sukaTahniah... Alhamdullillah Majlis kedua belah pihak selesai....♬ Allah Allah Aghisna - Veve Zulfikar
Dalam kapyen yang ditulis, lelaki itu meminta agar suami adiknya terus menyayanginya hingga ke akhir hayat dan pimpinlah tangan wanita itu hingga ke syurga.
Difahamkan, wanita tersebut tidak mempunyai kaki sejak dari kecil.
Dia juga berharap orang ramai dapat sama-sama mendoakan kebahagian adiknya yang kini sudah berumah tangga.
Situasi mengharukan itu telah mendapat perhatian ramai dan telah ditonton lebih enam juta setakat ini.
Baca juga Rupanya hanya guna kotak oven, wanita dikecam bawa keluar ketuhar dari Mydin jelaskan hal sebenar
Rata-rata sebak melihat kasih sayang antara adik-beradik yang begitu kuat dan mendoakan agar pasangan tersebut terus berbahagia hingga ke syurga.
Ujar mereka;"Cubit sebelah kiri, sebelah kanan pun terasa begitulah kasih sayang adik beradik, terharu pula pada si abang dan suami. Masih ada insan yang baik dan ikhlas dalam dunia."
"Sungguh engkau lelaki yang sangat berhati mulia sebagai lelaki saya bangga melihatnya."
"Mengalir air mata jantan tengoknya. Tahniah bang, jaga lah amanah ALLAH ya, jangan lihat kekurangan tapi lihatkan kelebihan yang ALLAH dah bagi padanya."
"Kebahagian bukan semata-mata kerana nafsu tapi kasih sayang yang akan kekal selamanya."
"Syukur alhamdulillah ada yang menerima kekurangannya. Adik pun layak untuk bahagia dan dicintai. Moga bahagia till Jannah!"
@83sukaSayangi dia hingga ke akhir hayat... Pimpinlah tgnnya hingga ke syurga Allah.... ##fyp##tiktokindo##tiktokmalaysia##wajahcantik##weddingtiktok♬ Sabyan syaikhona - fighting
@aydalaven Assalamualaikum suami? “kasih sayang adik beradik jatuh ke suami?” terima kasih semua yg mendoakan ?❤️ #tiktok#fypシ#fyp#sayangduniaakhirat♬ original sound - Ayda Lavenda
Sumber: TikTok 83suka, aidalaven
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang