SEBELUM ini pernah heboh di media sosial berkenaan seorang usahawan wanita dihalau daripada sebuah restoran asam pedas popular di Melaka ketika sedang membuat ‘live’ di facebook.

Selain itu, beberapa hari lalu juga tular sebuah video lelaki biadab simbah milo ais pada jurutol.

Kali ini lain pula ceritanya apabila seorang lelaki disimbah air sirap ketika sedang asyik membuat live di sebuah kedai makan.

Menurut laporan portal tempatan, mangsa yang disimbah air sirap itu dikenali sebagai EEIN atau Dato Seri Muhammad Solihin iaitu seorang founder produk kosmetik dan makanan kesihatan.

Lokasi dan punca sebenar kejadian masih belum dipastikan namun lelaki berbaju kuning yang ketika itu sedang asyik membuat live didatangi seorang lelaki lain yang bertindak menyimbah air sirap kepadanya.

Video yang dimuat naik pengguna Twitter @JarkAbdul itu menjadi tular sejak semalam dan telah dikongsi lebih 5000 pengguna media sosial yang lain.

Hari ini pula, pengguna Twitter @JarkAbdul turut memuat naik sebuah video penjelasan daripada bro yang mencurah air sirap tersebut.

Artikel berkaitan: Lelaki kongsi adab makan keluarga ‘Ayah Long’, apa kata wanita?

Katanya, mangsa telah bercakap terlalu kuat hinggakan menggangu orang lain. Dia juga dikatakan menggunakan kata-kata yang tidak elok semasa live tersebut.

Namun, dalam live terbaru daripada lelaki yang menjadi mangsa disimbah air sirap tersebut telah memohon maaf berkenaan perkara terbabit dan mengakui kesilapannya.

Iklan

Kejadian berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyentuh kepada adab kedua-dua pihak.

Kata mereka;

Bagi aku, dua-dua ada salah. Okay kita bincangkan si mangsa ni. Pertama, kita kene tahu dan kita semua tahu adab ketika makan. Nabi mengajar kita adab ketika makan adalah menghormati rezeki.

Aku dah kabor jangan ganggu tempat makan dengan benda benda mengarut ni. Bukan kau sorang je ada kat situ, cubalah hormat. Nasib baik simbah sirap, kalau dia simbah sup tulang?

Kau nak live, live je la. Tapi ada common sense sikit la lain kali, kau pun tau, kau kat public, jangan la nak loud sangat, maki apa semua. No one ever taught you manners ke ? Dok “celaka, celaka” dekat public, kalau aku pun baran.

Macam ni la nak cakap.. apa-apa yg kita buat dekat public as long as rasa benda tu tak ganggu orang, boleh je nak buat. Tapi mungkin cara dia bercakap kuat, maybe abang tu badmood balik kerja tetiba dengar orang bising masa dia nak makan ke apa. Tindakan emosi.

Aku tengok ramai je influencer boleh buat live cara baik & hormat public. Ni manjang dok maki.Tak kira la memang kerja dia buat live ke apa but manners comes first doh tak kira hang sapa.

Aku dah tengok full live tu dan memang dia ni loud sangat. Gelak dan cakap kuat gila. Brother yang kat belakang tu pun da suruh slow skit tapi dia start provok cakap jantan celaka etc. Last-last hilang sabar agaknya tu yang kena simbah tu.

Apa pun kita harapkan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan elok.

Iklan

Semoga menjadi pengajaran buat kita semua untuk saling menghormati antara satu sama lain.