KELONGGARAN merentas daerah selepas Lembah Klang mula beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), membuatkan orang ramai mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.

Nampaknya hujung minggu lepas ramai yang ambil kesempatan untuk berekreasi bersama keluarga.

Ramai yang teruja nak ke sungai, pantai, air terjun dan kawasan riadah lain di sekitar Lembah Klang.

Namun, kelihatan ada yang sanggup berkerumun ramai-ramai di satu-satu tempat seolah-olah tidak takut langsung dengan jangkitan Covid-19! Sangat teruja sehinggakan melanggar prosedur operasi standard (SOP)?

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Begitulah yang terjadi di kawasan air terjun di Sungai Pisang, Gombak.

Menerusi perkongsian video tular di aplikasi TikTok, orang ramai dilihat berpusu-pusu mengunjungi kawasan tersebut.

Dapat dilihat mereka seperti tidak mengendahkan lagi SOP yang ditetapkan kerajaan.

[VIDEO]'Macam pesta air...' - Netizen bengang Sungai Pisang sesak

Tenyata rata-rata warga maya bengang dan gusar melihat situasi seperti itu.

Iklan

Ujar mereka;

“Bila kerajaan bagi kelonggaran, bersiap sedialah menghadapi kehidupan yang lebih mencabar lepas ni.”

“Macam pesta air dekat India dulu-dulu. Nauzubillahiminzalik… semoga kita semua dilindungi dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH SWT.”

“Kalau macam ni gaya, tak ada Covid-19 pun aku tak pergi. Penuh orang, nak mandi pun susah!”

“Pastu kes naik salahkan kerajaan. Kau yang bengap, sendiri cari penyakit!”

“Kes pun duk tinggi maaf bercakap… hati sakit tengok. Sebab Covid-19 ni. Bukan main-main bila kes nak turun?”

Sementara itu, portal tempatan melaporkan polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya pusat rekreasi ditutup jika terlalu sesak dengan kehadiran orang awam yang tidak mematuhi SOP terutama penjarakan fizikal.

Baca juga Lari 367km sebulan, berbasikal 1,300km seminggu, ‘terlebih’ bersukan lelaki hampir maut, perut terpaksa dibedah

Iklan

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff, berkata ketika ini, pihaknya akan membuat pemantauan pematuhan SOP dari semasa ke semasa terutama di Lembah Klang yang beralih ke Fasa 2 PPN, Jumaat lalu.

Apapun tak salah nak berekreasi bersama rakan atau keluarga tapi pastikan korang jaga SOP sebaiknya untuk elak perkara tak diingini berlaku. Ingat! Kita belum menang melawan Covid-19.

@shugr.coBuat baik tak suka buat jahat tak suka ##sungaipisangwaterfall ##gombak ##pisang♬ original sound – De’Nuckells