[VIDEO]Pemuda dapat serangan balas ketukan kuali macam tarian singa bikin terhibur

A
A
A

HIDUP berjiran adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain sangat perlu agar hubungan yang terjalin sentiasa harmoni.

Bagaimanapun, tidak dinafikan wujud jiran yang mempamerkan tingkah laku yang mengganggu keselesaan jiran tetangga.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Walaupun bukan sengaja kadang-kadang ada juga tindakan luar kawalan yang menjadi gangguan buat mereka.

Seperti yang dilalui seorang pemuda ini apabila dirasakan dirinya dimarahi jiran dengan mendapat serangan balas ketukan kuali.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok @lukes_rusli, kelihatan dia sedang sibuk memasak di dapur sambil mengetuk-ngetuk kuali.

Namun tanpa disangka, tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan kuali yang lebih kuat. Rupanya bunyi itu daripada jirannya yang mungkin marah kerana dia membuat bising.

Baca juga Gara-gara memasak jam 5 pagi, gadis dilempang rakan serumah didakwa ‘anxiety’

kuali masak

Pemuda itu juga berseloroh mengatakan sama ada jirannya itu memasak ataupun membuat tarian singa kerana bunyinya yang amat kuat dan berirama.

Video tersebut mencuri perhatian warga maya yang rata-rata terhibur mendengar serangan balas jiran pemuda terbabit.

Ujar mereka;

"Samala macam jiran aku pantang aku buat suara kuat sikit dia lagi nak kuat. Dan dan la nak mengetuk la nak seret ubah itu ini."

"Aku rasa anak dia tuh mungkin tengah belajar pastu kacau dia itu yang buat tarian singa tuh."

Baca juga SOP terkini untuk suami menemani isteri di wad bersalin hospital kerajaan

"Kuat gila wey!!! Ghisau kuali sudip melayang."

"Esok tunggu tengok sapa beli kuali dengan sudip baru... dia la tu, kuali lama pecah."

"Hahaha lelaki kot yang mengejek ni... kuat betul bunyinya hahahahahaha."

@lukes_rusli Dia marah aku ke ? ??. Kalau #fyp kasi tahu yea #kaklongkosmetik#tiktokmalaysia#tiktokindonesia#fypシ#foryoupage#fypdonggg#viral#2022#fy♬ original sound - lukes_rusli

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca