MENJADI kebiasaan sebahagian masyarakat kita merantau untuk mencari rezeki dan terpaksa tempat tinggal di rumah sewa pada awal kerjaya.

Malah ada yang tinggal di bilik sewa sejak dari zaman menuntut di universiti lagi.

Bak kata orang-orang tua, baru mula nak hidup. Daripada menanggung sewa mahal seorang diri, lebih baik berkongsi supaya kos sewaan lebih murah.

Apabila tinggal ‘ramai’ dalam satu rumah, toleransi, tolak ansur dan bertimbang rasa perlu dipraktikkan agar suasana kekal harmoni.

Bagaimanapun, lain pula pengalaman membabitkan rakan serumah yang dihadapi oleh seorang gadis ini apabila dia mendakwa telah ditampar kerana memasak bekal pada jam 5.00 pagi.

Vestene Wong berkongsi pengalaman pahitnya itu melalui laman sosial Facebook. Difahankan Vestene tinggal sebuah kediaman dua tingkat itu bersama tiga orang rakan serumah yang lain.

Salah seorang daripadanya menyewa bilik berhadapan dapur, manakala dua lagi tinggal di tingkat atas.

Tuturnya, insiden berkenaan berlaku pada pagi Ahad ketika dia menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa semasa mendaki bersama rakan-rakan.

TIDAK PUAS HATI 

Namun, tidak sampai 10 minit berada di dapur, rakan serumahnya yang tinggal di bilik berhadapan dapur dipercayai tidak berpuas hati keluar dari bilik dan bertindak mencederakan.

Dakwanya, Vestene menyebabkan dia tersedar dari tidur.

“Dia juga menjerit kepada saya dengan bahasa kasar dan mempersoalkan mengapa saya tidak membawa dapur ke ruang tamu untuk memasak.

“Pada masa itu, saya terkejut kerana fikir dapur adalah kawasan biasa. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan ia adalah kali pertama saya menggunakan dapur seawal ini.

“Malah, saya sudah dua kali mengesahkan dengan tuan tanah saya bahawa kami boleh menggunakan kawasan umum,” katanya.

Baca juga: Kerana Durian Nyawa Melayang, Lelaki Cacatkan Remaja Hingga Maut

Insiden yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada bahagian dapur rumah menunjukkan rakannya menampar pipi gadis berkenaan.

Malah dari foto yang dikongsikan, pipi kirinya bertukar kemerah-merahan selepas ditampar.

Iklan

Menurut Vestene, apabila dia memberitahu akan melaporkan hal itu kepada polis, rakan serumahnya berkata ‘boleh ‘bebas’ daripada tindakan undang-undang susulan ‘anxiety’ yang dialami. Malah katanya gadis itu pula  akan disaman.

‘MILD ANXIETY’

Selepas laporan dibuat, rakan serumahnya terbabit telah hadir ke balai polis dengan membawa pil tidak berlabel dan menyatakan ia pil kecemasan.

“Apabila polis bertanya sama ada mempunyai kad yang mengesahkan penyakit mentalnya, dia memberitahu hanya mengalami ‘kebimbangan ringan’ (mild anxiety) dan tiada kad untuk mengesahkan penyakit itu.

“Polis menuntutnya untuk meminta maaf dan dia berbuat demikian dengan berkata dia bersedia untuk memohon maaf tetapi untuk saya menerima atau tidak, itu ‘cerita lain’.

“Ya saya salah tetapi dia juga sama sekali tidak bertimbang rasa. Saya tidak menerima permohonan maaf itu sama sekali. Ia adalah permohonan maaf paling tidak ikhlas yang pernah saya terima,” katanya.

Iklan

Difahamkan gadis itu masih tinggal di rumah yang sama kerana ia adalah bulan terakhir mereka menyewa di situ. Terkesan dengan apa yang berlaku, dia berharap ‘rakan serumahnya’ itu tidak menyakitinya lagi.

Menerusi tinjauan SinarPlus, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang meluahkan simpati dan meminta gadis terbabit mengambil tindakan undang-undang.

Tidak dinafikan kejadian sebegini boleh menyebabkan trauma kepada mangsa. Semoga kisah ia menjadi pengajaran buat kita semua.

Baca juga: Bapa reda, gara-gara anak autisme rumah sewa ditamatkan kontrak

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI