ZAMAN sekarang, jika terasa lapar dan mahu makan apa sahaja menu, tak perlu pergi jauh-jauh, semuanya ada di hujung jari.

Pelbagai aplikasi online sudah tersedia bagi memudahkan pengguna membeli makanan tanpa perlu pergi ke kedai.

Sesiapa sahaja mampu membuat pesanan kerana untuk menggunakan aplikasi tersebut amat mudah.

Namun lain yang terjadi kepada seorang penghantar makanan ini.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, dia yang menggunakan nama @khuzaimie_lemat atau dikenali Abang Panda itu berkongsi nasibnya ditipu pelanggan.

Sudahlah ditipu, tambah mengerikan apabila pelanggannya itu meminta supaya makanan dihantar di tempat perkuburan Cina.

“Ada orang yang order, call tak angkat. Memang prank order lah ni, location dia bagi kawasan perkuburan Cina. Persoalannya siapa yang order dekat sini? Manalah tahu penggali kubur yang order.

“Ini bukan main-main, aku ada di kawasan perkuburan itu sekarang ini… location dah bagi di sini, nak atau tak nak aku kena masuk juga.

“Manalah tahu penggali kubur yang order… tapi masalahnya tiada penggali kubur di sini,” ujarnya.

Pesannya, jangan suka-suka mainkan penghantar makanan.

“Janganlah korang buat prank order macam ni lagi… seram juga ni, nasib baik petang kalau malam, bagaimana?

“Kerja punya pasalkan, dah menyusahkan orang lain nak buat pembatalan order,” katanya.

Baca juga Wanita dipercayai doktor maki pengguna jalan raya mohon maaf

Dalam video berasingan, Abang Panda memberitahu jika melakukan prank order perkara itu merugikan pelbagai pihak termasuk rider itu sendiri.

Iklan

“Prank order ni sebenarnya di setiap negeri ada yang kena. biasanya fulltime rider macam aku lah!

“Apabila terkena nasib begitu, aku pun rugi sebab kami tunggu gaji bukan makanan. Syarikat juga turut dikenakan ganti rugi selain akaun individu yang membuat prank order ini juga akan di’ban’.

Iklan

Jadi, korang semua manfaatkanlah penghantar makanan sebaiknya. Tidak perlu menganiayai rider seumpama itu.

@khuzaimie_lemat3Persoalan siapa yang order?? Nak ikutkan hati memang tai berani tapi terpaksa sebab kerja. #fyp #fypシ #viral♬ bunyi asal – Abang Panda 🐼