APABILA menghadiri majlis perkahwinan pastinya tetamu akan membawakan hadiah untuk diberikan kepada pengantin baharu yang diraikan.

Kebiasaannya hadiah seperti barangan dan peralatan rumah diberikan kepada sahabat atau saudara yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun lain pula bagi pasangan pengantin ini yang menerima hadiah luar biasa dari kebiasaannya.

Hadiah yang diterima pasangan pengantin ini adalah seekor kambing.

Haiwan tersebut diterima mereka diberikan oleh seorang sahabat yang juga pemilik haiwan ternakan tersebut.

kambing hitam pelik

Wow, memang unik dan rare betul! Ternyata pasangan raja sehari itu kelihatan sangat gembira dan teruja.

Rakaman pasangan pengantin menerima hadiah unik itu dikongsikan menerusi akaun Tiktok @denhsx telah mencuri perhatian ramai.

Iklan

Perkongsian video berkenaan telah meraih lebih 600,000 tontonan dan ribuan komen.

Rata-rata warga maya meninggalkan reaksi terhibur dan ada yang mengatakan teman sejati sukar dicari.

Ujar mereka;

“Sangat rare! Kambing mahal sekarang kan. Terus bagi yang hidup.”

“Hadiah mahal, padu. Berfikir luar kotak, hadiah sangat berguna tu.”

Baca juga [VIDEO] Idea unik, pengantin jadikan sayur segar buah tangan tetamu majlis kahwin

“Mahal weh paling kurang RM700 kambing saiz besar tu sekarang.”

“Kena pula tu warna kambing tu dengan baju pengantin.”

“Jimat duit dia nanti buat akikah tak payah susah-susah beli kambing dah.”

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Iklan

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

@denhsx selamat pengantin baru sobat! #fy #pengantindapatkambin ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak